Showing posts with label TELEKOMUNIKASI. Show all posts
Showing posts with label TELEKOMUNIKASI. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

MINTA NASIHAT : Kena tipu dengan kedai henpon Jalan Raja Laut



LTF TELECOMUNICATION

SERIOUS BUYER CAN CALL MR.LAI 0162207082 OR WALKIN MY SHOP:86 JALAN RAJA LAUT 50350 KUALA LUMPUR

(NEARBY WISMA SIME DARBY,INFRONT OF PUTERI PARK HOTEL,PASAR MALAM BUNDLE CHOWKIT…DIGI SINGHBOARD) 

--

saya baru beli hp semalam sebab tgk iklan kat Mudah.my http://www.mudah.my/Blackberry+storm+9500+only+rm+360-6861669.htm dan sudah ada problem...saya baru jumpa page ni 
yang mengatakan kedai tu PENIPU..!! huhu nak merasa kai BB akhirnya Merana...kedai ni memang berckap manis2..sebenarnya HP yg dijual adalah 'RECON' tapi mereka mengatakan yang HP tu
New Set...saya Beli 2 Set semalam...saya memang bodoh bab2 HP ni...orang tu cakap macm ni,macm tu..saya pun cayala...tadi baru g kedai HP..org tu cek..dia ckp HP saya bukn baru..but RECON..
Apa Tindakan yang sepatutnya saya lakukan...kalu boleh saya nk dia pulangkan duit saya semula..dapat la saya simpan lagi dan beli yang ORI walaupun mahal sikit...huhu

saya memerlukan pendapat/cadangan warga sim....Bantula saya~

Wednesday, January 26, 2011

TELEKOMUNIKASI-CAJ BERLEBIHAN KEPADA PENGGUNA TELEFON BIMBIT

From: mohd ns <mo?????@gmail.com>
Date: 2010/2/22

( gambar adalah sebagai hiasan)

Salam to PPIM, Mesej iklan ke handphone 
Saya menerima mesej iklan ke hendphone yang mengenakan caj. Untuk info, sebelum ini saya pernah melanggan permainan video menerusi iklan di TV. Untuk makluman juga, setiap mesej yg diterima tidak terdapat pilihan untuk membatalkan perkhidmatan tersebut. Ini membebankan saya dari segi kewangan kerana setiap bulan terpaksa menanggung kos lebih daripada RM100.Paparan di telefon bimbit ada seperti berikut:

title: RM6.00: RACE-FRUIT SQUASH Address: http://202.71.107.3:8080/sms/my_download.php?id 617622_56631(number id adalah berlainan utk setiap mesej yg dihantar.) Sepatutnya semua iklan berbentuk langganan mestilah mempunyai pilihan utk membatal perkidmatan sekiranya pengguna ingin menamatkan perkhidmatan.Ini merupakan penipuan terhadap pengguna. Saya berharap pihak PPIM dapat menyelongkar masalah ini serta dapat membantu saya untuk keluar dari bebanan ini. Saya percaya masih ramai lagi di luar sana yang mempunyai masalah seperti ini.

Yang benar
M------- n

PPIM : Aduan ini akan dirujuk kepada CFM (Consumer Forum Malaysia) untuk tindakan dan penjelasan selanjutnya.

Thursday, January 20, 2011

Penipuan Maxis Broadband Wireless


----- Forwarded Message ----
From: N------ I-- <??????@yahoo.com>
Sent: Tue, January 12, 2010 8:54:09 PM
Subject: Penipuan Maxis Broadband Wireless

Salam Satu Malaysia buat semua,

Satu isu penting perlu diberikan perhatian dalam proses perkembangan rakyat Malaysia untuk celik IT iaitu penggunaan Wireless Broadband.

Dunia hari ini memerlukan penggunaan internet di mana - mana. Jadi, sayapun tidak mahu ketinggalan dan menggunaan Maxis Broadband. Semasa promosi 2 bulan lepas, Maxis menawarkan promosi 3 bulan pertama yang murah iaitu kira - kira RM47 sebulan dengan PENGGUNAAN TANPA HAD (unlimited access). Turut diteranngkan pakej yang ditawarkan itu mempunyai had kelajuan normal apabila saya menggunakan kurang dari 1.5GB dan akan perlahan apabila melebihi had tapi saya masih boleh melayari internet seperti biasa. Saya membeli pakej tersebut disebabkan penggunaan tanpa had.Ianya benar pada 2 bulan pertama iaitu setiap bulan penggunaan saya adalah 6GB. Promosi tersebut menghendaki saya melanggan 12 bulan dan perlu membayar RM200 jika mahu menutup akaun sebelum 12 bulan.

Namun, 2 hari lepas saya dikejutkan dengan paparan yang ditunjukan maxis apabila memberitahu bahawa saya telah melebihi had 1.5GB dan perlu membayar RM28 setiap 1GB quate jika mahu menyambung penggunaan. Ia berkuatkuasa 4 januari 2010. sila layari URL ini ... http://www.maxis.com.my/maxisbb/quota.asp

Ini merupakan satu penipuan dan pengubahsuaian kontrak kerana menghadkan penggunaan saya seperti dipromosikan dahulu. saya terus menghubungi Helpdesk maxis namun jawapan yang agak mengecewakan iaitu ia tidak dapat berbuat apa. demi mengambil hati, helpdesk tersebut memberitahu bahawa 1GB pertama adalah percuma.

Saya sungguh tidak berpuas hati kerana penggunaan yang dijanjikan hanya untuk sedikit sahaja. Untuk mereka yang jarang menggunakan internet untuk MUAT TURUN, 1.5 adalah terlalu banyak. tetapi bagi yang sebaliknya adalah sedikit.

tahukah anda, setiap gambar, lagu, video yang dipaparkan laman web dikira sebagai muat turun juga?  bayangkan jika anda streaming youtube atau mendownload aplikasi dan lagu - lagu,  saiznya adalah lebih besar dan 1.5GB boleh dihabiskan dalam seminggu.

Sebelum ini saya pernah mendengar mengenai Celcom tetapi tidak mempercayai sehingga kini. Penipuan oleh Maxis dan mungkin syarikat broadband yang lain?

bantulah ... bersama kita bina generasi celik IT! hapuskan penipuan syarikat gergasi. hanya kerana masyarakat tidak mampu untuk mengupah peguam yang mahal untuk menyaman, tak bermakna mereka boleh terus bermaharaja lela!!

yang benar,

Pengguna tertipu : (