Tuesday, February 22, 2011

ADUAN PILIHAN-tolong sebarkan kepada umum..

 
FROM : ??????iey@ymail.com
 
salam ...

sy nak kongsi laman web yg buat penipuan pinjaman peribadi ...rasa2 nya dah ramai yg terkena dan tertipu dgn website ni...y terdpt kat web ni hanya komen2 yg baik sj...sy tahu ia tipu kerana sy pernah try berurusan dgn mereka melalui email dan alamat office pon xda dlm map..akaun bank yg digunakan adalah milik org melayu[lelaki] .ini ialah web mereka http://easypaymentcredit.wordpress.com/2010/09/07/pinjaman-peribadi-secara-online-lulus-segera/...harap pihak tuan boleh sebarkan kpd umum agar org ramai x tertipu lg...rs nya mereka ni msh aktif berdasarkan komen yg dibuat oleh mereka sendr...mereka jgk membuat ugutan dgn menggunakan akan disenaraihitamkan oleh pihak BNM .ini alamat yg digunakan oleh mereka http://easypaymentcredit.wordpress.com/2010/09/07/pinjaman-peribadi-secara-online-lulus-segera/ dan ini ialah perjanjian yg dibuat oleh mereka
 
Tahniah! .Permohonan
pinjaman anda sebanyak RM10,000.00 (Sepuluh Ribu Ringgit Sahaja) telah
diluluskan pada hari ini.

Perjanjian bayaran semula adalah secara ansuran sebanyak RM 206.00
(Dua Ratus Enam Ringgit Sahaja) sebulan dalam tempoh selama 5 tahun
(60 bulan).

Anda dikehendaki mendepositkan Caj Perkhidmatan sebanyak RM 200.00
(Dua Ratus Ringgit Sahaja) ke akaun MAYBANK 162012771719 pada hari
ini.(Untuk mempermudahkan proses pemeriksaan kami)

Sila emailkan kepada kami, Slip Bank  / Slip Internet Banking (scan &
attach) pembayaran berkenaan dengan kadar segera untuk proses
pengesahan.Pihak kami akan menghubungi anda setelah anda selesai
membuat pengesahan.

Wang pinjaman anda akan di depositkan terus ke akaun 
 anda, dalam tempoh kurang dari SATU jam setelah anda
membuat pengesahan berserta lampiran Surat Perjanjian (yang asal akan
dihantar secara pos).

Urusniaga ini akan terbatal dengan serta merta, sekiranya anda gagal
membuat sebarang tindakan untuk melakukan pengesahan tersebut sebelum
jam 5.00 petang .

Oleh itu, pihak kami juga berhak mendakwa anda di Mahkamah, atas
tuduhan Akta 563-Akta Tribunal Perkhidmatan 1997, penyelewengan
perkhidmatan dengan niat dan nama anda juga turut akan DISENARAI
HITAMKAN oleh pihak Bank Negara Malaysia dari membuat sebarang bentuk
pinjaman.

Harap maklum, Terima kasih.