Saturday, January 15, 2011

PENGUMUMAN PPIM


Pelancaran blog forumsemak.blogspot.com
Alhamdulillah, blog ini telah dengan rasminya dilancarkan pada 14 Januari 2011 (semalam) di Sembang Sembang Cafe, The Mall (http://sembangcafeppim.blogspot.com/) dan sehingga  ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat pengguna.

Untuk makluman, blog ini diwujudkan untuk menjadi rujukan setiap jenis penipuan yang telah, sedang dan akan berlaku. Berita yang dimuatkan adalah contoh penipuan yang telah diterima oleh jabatan aduan PPIM sejak 2008 dan juga yang terkini.

Oleh yang demikian, jika anda ingin kongsikan pengalaman atau membuat aduan sama ada tentang penipuan syarikat dan individu atau apa sahaja, anda dialu-alukan untuk menghantar ke emel rasmi kami aduanppim@gmail.com atau muslimconsumers@gmail.com dan jika ianya adalah 'urgent' sila berhubung terus ke hotline kami 0193591000 atau 0199130000.

Jika anda mahukan maklumat lebih lanjut tentang syarikat/individu yang telah dikenalpasti menipu oleh blog ini, anda perlu mendaftar menjadi ahli PPIM dan berhubung terus dengan kami.

Untuk pengetahuan juga, forum semak ini adalah singkatan dari FORUM SEMAK (check)  MAKLUMAT PERNIAGAAN. Anda diminta mewar-warkan laman ini kepada seluruh masyarakat agar penipuan-penipuan ini dapat dibanteras.

Keratan akhbar Kosmo 14 Januari 2011

Keratan akhbar Metro 14 Januari 2011




Kami juga menghargai dan mengalu-alukan setiap komen dari anda samada tentang blog ini atau untuk sebarang berita yang telah dikongsi.