Monday, December 13, 2010

PENIPUAN SIBER-[sim] ALERT : Penipuan sindiket top up



---------- Forwarded message ----------
From: <oom_guanteng@yahoo.com>
Date: 2010/11/21
Subject: Re: [sim] ALERT : Penipuan sindiket top up
To: SIM <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>


Penipuan ini bukan dilakukan oleh yg berbisnis top-up/reload, biasa cuma budak2 habis pulsa cari akal dpt pulsa gratis..

Powered by Telkomsel BlackBerry®

From: hamden yahaya <mrlabiu@yahoo.com>
Date: Sat, 20 Nov 2010 18:52:30 -0800 (PST)
Subject: Re: [sim] ALERT : Penipuan sindiket top up

 
saya pernah berniaga TOPUP/RELOAD tapi tidak pernah pulak terjadi penipuan seperti itu.

--- On Sat, 20/11/10, oom_guanteng@yahoo.com <oom_guanteng@yahoo.com> wrote:

From: oom_guanteng@yahoo.com <oom_guanteng@yahoo.com>
Subject: Re: [sim] ALERT : Penipuan sindiket top up
To: "SIM" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Date: Saturday, 20 November, 2010, 2:21 PM

 
Di Indonesia sudah sktr 6 bulan ini ada modus operandi penipuan seperti itu.
Powered by Telkomsel BlackBerry®

From: "Puteri Ledanggg.... -" <putri_ledang74@yahoo.com>
Date: Fri, 19 Nov 2010 06:00:58 -0800 (PST)
Subject: [sim] ALERT : Penipuan sindiket top up

 
assalamualaikum ...
sedikit hebahan dan peringatan pd rakan2 semua tentang sendikit terkini top up ntah tak tau lah sapa dalangnye yg dihantar ke hp.mesej ni telah dihantar ke no hp rakan saya ptg jumaat 19/11/2010..
'ini ayah Tolong bagi credit mexis 50RM ke nombor baru ayah 0128640745 Ayah lgi ada msalah kat balai Police.ta payah caal sekejap ayah call'  ... no pengirim +62852276881506.
-50RM, biasa kat malaysia ni kita tulis RM50 kn.
*sendikit ni tiada kaitan dgn mana2 perniagaan top up, klu sapa2 yg bleh detect no pengirim n no hp tu war2kan lah..
dahsyat taktik dia org sekarang ni ...tp yg gelihatinya member ckp 'bila masa bapak aku pakai hp' ...hai mcm2.
sekadar berkongsi ..

DITIPU SYARIKAT JUALAN LANGSUNG



1) Jawatankuasa khas PPIM kendali aduan mangsa MLM

2010/12/13

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menubuhkan Jawatankuasa Saringan Aktiviti Perniagaan bagi memudahkan orang ramai membuat aduan atau berkongsi pengalaman menjadi mangsa penipuan melalui aktiviti perniagaan termasuk jualan langsung (MLM) yang diragui operasinya.


Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata jawatankuasa itu yang beroperasi mulai minggu depan akan mengumpul dan membuat rumusan terhadap setiap maklumat yang diterima melalui satu ruangan khas yang dimuatkan di laman web PPIM.


“PPIM berharap sesiapa yang mempunyai pengalaman ditipu dalam aktiviti perniagaan berkongsi maklumat supaya masyarakat dapat menjadikannya sebagai rujukan untuk mengenalpasti sama ada sesuatu perniagaan itu benar-benar sah ataupun tidak.


“Sekurang-kurangnya maklumat yang dikongsi membolehkan orang ramai berinteraksi sekali gus mengelakkan daripada terus tertipu melalui pelbagai tawaran dibuat khususnya syarikat MLM,” katanya pada sidang media mengenai isu penipuan syarikat jualan langsung di sini, semalam.


Katanya, tahun ini saja PPIM menerima kira-kira 70 aduan daripada pengguna yang mendakwa ditipu syarikat MLM, termasuk golongan profesional dan kakitangan awam.


Sementara itu, seorang mangsa, Fariza Shamsudin, 33, berkata beliau kini terpaksa menanggung hutang bank sebanyak RM60,000 selepas terpedaya dengan janji manis ejen MLM untuk menyertai satu skim yang menjanjikan pulangan sehingga RM120,000 dalam tempoh setahun.


“Semua urusan pinjaman (bank) diuruskan ejen dan saya hanya menandatangani surat perjanjian bank. Pada mulanya, saya memang mendapat pulangan RM20,000 secara berperingkat seperti dijanjikan tapi lama-kelamaan terus senyap,” kata jururawat yang bekerja di sebuah hospital kerajaan di sini.


Dalam perkembangan berasingan, Nadzim berkata pihaknya akan bertemu dengan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membincangkan langkah yang boleh diambil bagi membantu pelajar universiti persendirian di Mesir meneruskan pengajian mereka.


Katanya, sehingga semalam kutipan Tabung Kecemasan Pendidikan untuk membantu pelajar terbabit mencecah RM20,000 dan pihaknya masih mengharapkan sumbangan daripada orang ramai. 


SUMBER: BERITA HARIAN
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JawatankuasakhasPPIMkendaliaduanmangsaMLM/Article/

2) Kisah duka ditipu syarikat jualan langsung

KUALA LUMPUR - Labur RM30,000 dapat RM60,000.

Ghairah mendengar keuntungan tersebut, seorang peniaga mendakwa akhirnya menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat jualan langsung dan kini terpaksa menanggung hutang kira-kira RM300,000.
Kes pertama: Sani (bukan nama sebenar), 23, mendakwa, pulangan lumayan selain keinginan hidup mewah menyebabkan ahli keluarganya sanggup membuat pinjaman bank untuk menyertai syarikat tersebut.

"Sudahnya saya dan ahli keluarga yang menyertai syarikat terbabit terpaksa bergolok bergadai apabila syarikat tersebut gagal menunaikan janji membayar balik wang yang dilaburkan.

"Lebih teruk lagi, hubungan saya dengan ahli keluarga semakin renggang kerana saya yang menarik mereka menyertai syarikat tersebut," katanya pada sidang akhbar di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini semalam.

Dakwa Sani, syarikat itu masih lagi beroperasi dan giat menjalankan kegiatan penipuan mereka menggunakan nama syarikat lain tetapi masih mengekalkan modus operandi yang sama.

( SUMBER :KOSMO Online!)
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com/2010/12/berita-ditipu-syarikat-jualan-langsung.html