Monday, December 13, 2010

DITIPU SYARIKAT JUALAN LANGSUNG



1) Jawatankuasa khas PPIM kendali aduan mangsa MLM

2010/12/13

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menubuhkan Jawatankuasa Saringan Aktiviti Perniagaan bagi memudahkan orang ramai membuat aduan atau berkongsi pengalaman menjadi mangsa penipuan melalui aktiviti perniagaan termasuk jualan langsung (MLM) yang diragui operasinya.


Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata jawatankuasa itu yang beroperasi mulai minggu depan akan mengumpul dan membuat rumusan terhadap setiap maklumat yang diterima melalui satu ruangan khas yang dimuatkan di laman web PPIM.


“PPIM berharap sesiapa yang mempunyai pengalaman ditipu dalam aktiviti perniagaan berkongsi maklumat supaya masyarakat dapat menjadikannya sebagai rujukan untuk mengenalpasti sama ada sesuatu perniagaan itu benar-benar sah ataupun tidak.


“Sekurang-kurangnya maklumat yang dikongsi membolehkan orang ramai berinteraksi sekali gus mengelakkan daripada terus tertipu melalui pelbagai tawaran dibuat khususnya syarikat MLM,” katanya pada sidang media mengenai isu penipuan syarikat jualan langsung di sini, semalam.


Katanya, tahun ini saja PPIM menerima kira-kira 70 aduan daripada pengguna yang mendakwa ditipu syarikat MLM, termasuk golongan profesional dan kakitangan awam.


Sementara itu, seorang mangsa, Fariza Shamsudin, 33, berkata beliau kini terpaksa menanggung hutang bank sebanyak RM60,000 selepas terpedaya dengan janji manis ejen MLM untuk menyertai satu skim yang menjanjikan pulangan sehingga RM120,000 dalam tempoh setahun.


“Semua urusan pinjaman (bank) diuruskan ejen dan saya hanya menandatangani surat perjanjian bank. Pada mulanya, saya memang mendapat pulangan RM20,000 secara berperingkat seperti dijanjikan tapi lama-kelamaan terus senyap,” kata jururawat yang bekerja di sebuah hospital kerajaan di sini.


Dalam perkembangan berasingan, Nadzim berkata pihaknya akan bertemu dengan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membincangkan langkah yang boleh diambil bagi membantu pelajar universiti persendirian di Mesir meneruskan pengajian mereka.


Katanya, sehingga semalam kutipan Tabung Kecemasan Pendidikan untuk membantu pelajar terbabit mencecah RM20,000 dan pihaknya masih mengharapkan sumbangan daripada orang ramai. 


SUMBER: BERITA HARIAN
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JawatankuasakhasPPIMkendaliaduanmangsaMLM/Article/

2) Kisah duka ditipu syarikat jualan langsung

KUALA LUMPUR - Labur RM30,000 dapat RM60,000.

Ghairah mendengar keuntungan tersebut, seorang peniaga mendakwa akhirnya menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat jualan langsung dan kini terpaksa menanggung hutang kira-kira RM300,000.
Kes pertama: Sani (bukan nama sebenar), 23, mendakwa, pulangan lumayan selain keinginan hidup mewah menyebabkan ahli keluarganya sanggup membuat pinjaman bank untuk menyertai syarikat tersebut.

"Sudahnya saya dan ahli keluarga yang menyertai syarikat terbabit terpaksa bergolok bergadai apabila syarikat tersebut gagal menunaikan janji membayar balik wang yang dilaburkan.

"Lebih teruk lagi, hubungan saya dengan ahli keluarga semakin renggang kerana saya yang menarik mereka menyertai syarikat tersebut," katanya pada sidang akhbar di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini semalam.

Dakwa Sani, syarikat itu masih lagi beroperasi dan giat menjalankan kegiatan penipuan mereka menggunakan nama syarikat lain tetapi masih mengekalkan modus operandi yang sama.

( SUMBER :KOSMO Online!)
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com/2010/12/berita-ditipu-syarikat-jualan-langsung.html 

10 comments:

administrator said...

Pengguna perlu berhati-hati kerana hanya organisasi tertentu seperti bank dan koperasi yang dibenarkan mengambil deposit daripada orang ramai. Jika terdapat pihak tertentu yang mengambil deposit atas janji pulangan lumayan dari 'pelaburan', maka rujuklah dahulu pada Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Koperasi Malaysia atau mana-mana pihak berkaitan bagi mendapatkan pengesahan.

- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)

Abgcengkih said...

Suara tak cukup lantang. Kuatkan volume PPIM ke MAX.

Rasanya kalau buat research kerugian melibatkan penipuan keseluruhan industri dah mencapai billion ringgit. Belum kerosakan lain-lain.

administrator said...

Ya, benar. Publisiti mengenai perkara ini perlu diperluas supaya semua orang sedar akan segala taktik yang digunakan oleh si penipu.

administrator said...

Ya, benar. Publisiti mengenai perkara ini perlu diperluas supaya semua orang sedar akan segala taktik yang digunakan oleh si penipu.


- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)

tasque said...

assalamualaikum...
Kenapa tak didedahkan saja nama syarikat mlm tu...baru orang ramai boleh tau syarikat mana

Hafiz.biz09 said...

setuju sangat... kalau dedahkan terus nama mereka terlibat supaya tiada yg tertipu lg...

Unknown said...

ya benar... publisiti memang penting untuk hebahan untuk pengguna waspada dengan penipuan ni...

kalau ada kesempatan boleh layari blog mengenai penipuan mlm dan sebagainya di "aididleaks"

akmal said...

mlm tak tipu.. sebab kita semua tahu skim dia dah memang mcmtu.. dah tahu kenapa pegi menjerut leher sendiri??? semuanya sbb sifat tamak diri sendiri.. tamak nak kaya cepat dengan cara mudah dan senang.. mana ada benda senang kat dunia ni akak oi.. tu la. bila dengar penerangan org mlm, memang senang sgt nk kaya.. padahal upline yg pakai bmw tu pn still belambak hutang kat bank.. kaya mende camtu.. biar papa asal bergaya? apa yg penting adalah ilmu di dada.. kalau ada benda yg senang kaya, baik dia bgtau bini dia, mak ayah dia, adik abg dia dulu.. biar depa semua kaya dulu.. huhu

Jakmas said...

Saya cukup tertarik dengan perbincangan-perbincangan yang diutarakan di ruangan ini dan merasa teruja untuk turut serta. Dalam kebanyakan perbincangan rata-ratanya menyalahkan syarikat MLM bila mereka gagal. Sebenarnya kebanyakan mereka tidak bersalah kerana mereka telah mendapat sijil Akta Jualan langsung dan sebelum mendapat sijil, pihak yang berwajib telahpun menjalankan kajian terperinci mengenai perjalanan syarikat, sekim dan produk. Sebenarnya kita patut menyalahkan diri sendiri kerana terlalu terpengaruh dengan keuntungan yang akan diperolehi. Sebenarnya semuanya akan menjadi kenyataan sekiranya apa yang dirancang berjaya. Tetapi kebanyakan kita tidak mahu menilai diri sendiri dahulu samada mampu untuk mengikut jejak langkah mereka yang telah berjaya. Kalau mereka boleh berjaya, kita juga sepatutnya boleh berjaya. Tetapi adakah kita mampu buat spt apa yang mereka buat. Dlm apa juga perniagaan penolakan adalah sesuatu yang biasa terjadi. Kalau kita tak mampu untuk menangani penolakan, lebih baik kita kerja makan gaji. Terima saja apa yang boss bagi dan jangan cemburu kejayaan orang lain.

Satu lagi persoalan yang timbul ialah mengenai samada skim MLM itu halal atau tidak. Kalau di Malaysia sekarang ni hanya HPA sahaja yang mempunyai panel syariah mereka sendiri dan telah diperakui menurut hukum syarak oleh Majlis Ulama Indonesia. Untuk bacaan lanjut boleh baca di sini http://jakmas63online.blogspot.com/p/panel-syariah.html

Muhammaddin said...

emmm ada2 je cara nak wat duit www.aleacorp.com/?ref=ezy4u