Saya dah kena minggu lepas. Nasib baik saya masih waras dan tidak mudah tertipu.
Skrip nya lebih kurang begini :
Ring... ring... (panggilan masuk ke telefon anda)
Bila anda angkat ... akan dengar mesin bercakap :
"Ini adalah panggilan dari pusat kad kredit AmBank ... tekan 1 untuk menyemak baki kredit, tekan 2 untuk menyemak status kredit , tekan 3 untuk bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan."
Belum sempat kita tekan apa-apa .... orang berkenaan akan meminta kita memberikan nombor kad pengenalan untuk tujuan pengesahan. Kemudian orang berkenaan akan memberi tahu kita bahawa panggilan ini adalah bagi tujuan pengesahan mengenai pembelian yang menggunakan kad kredit dan beliau mahu kita mengesahkan transaksi tersebut.
Kita sudah pastinya akan menafikan transaksi tersebut kerana kita tidak tahu menahu. Pemanggil itu kemudiannya akan meminta kita membuat lapuran terus ke BANK NEGARA MALAYSIA . Dia kemudiannya akan memindahkan panggilan ke "bank negara" .
Tot... tot ... tot ... Tak sampai beberapa saat "bank negara" pun menjawab. Terus dia minta nombor kad pengenalan dan nombor kad kredit kita bagi tujuan membuat lapuran. Terlalu cekap "bank negara" ini kerana dia telah tahu apakah jenis lapuran yang ingin kita buat, cuma dia perlukan nombor kad kredit kita untuk pengesahan.
Jika kita akal pendek ... kita akan berikan nombor kad kredit kita, maka bermulalah zaman kegelapan kita.
Begitulah modus operandi terkini sendiket penipuan ini. Berkomplot antara "AmBank" dan "Bank negara Malaysia".
Suara lelaki dari "Ambank" adalah seorang keturunan India yang tak berapa fasih bahasa Inggeris ataupun bahasa Melayu. Suara wanita dari "Bank Negara Malaysia" adalah keturunan Melayu yang fasih berbahasa Melayu dan Inggeris.
Berhati-hatilah ...