Saturday, January 15, 2011

PENGUMUMAN PPIM


Pelancaran blog forumsemak.blogspot.com
Alhamdulillah, blog ini telah dengan rasminya dilancarkan pada 14 Januari 2011 (semalam) di Sembang Sembang Cafe, The Mall (http://sembangcafeppim.blogspot.com/) dan sehingga  ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat pengguna.

Untuk makluman, blog ini diwujudkan untuk menjadi rujukan setiap jenis penipuan yang telah, sedang dan akan berlaku. Berita yang dimuatkan adalah contoh penipuan yang telah diterima oleh jabatan aduan PPIM sejak 2008 dan juga yang terkini.

Oleh yang demikian, jika anda ingin kongsikan pengalaman atau membuat aduan sama ada tentang penipuan syarikat dan individu atau apa sahaja, anda dialu-alukan untuk menghantar ke emel rasmi kami aduanppim@gmail.com atau muslimconsumers@gmail.com dan jika ianya adalah 'urgent' sila berhubung terus ke hotline kami 0193591000 atau 0199130000.

Jika anda mahukan maklumat lebih lanjut tentang syarikat/individu yang telah dikenalpasti menipu oleh blog ini, anda perlu mendaftar menjadi ahli PPIM dan berhubung terus dengan kami.

Untuk pengetahuan juga, forum semak ini adalah singkatan dari FORUM SEMAK (check)  MAKLUMAT PERNIAGAAN. Anda diminta mewar-warkan laman ini kepada seluruh masyarakat agar penipuan-penipuan ini dapat dibanteras.

Keratan akhbar Kosmo 14 Januari 2011

Keratan akhbar Metro 14 Januari 2011




Kami juga menghargai dan mengalu-alukan setiap komen dari anda samada tentang blog ini atau untuk sebarang berita yang telah dikongsi.

13 comments:

apai said...

ppim kena buat satu post bagaimana nak kenal skim cepat kaya.ianya ada byk ciri antaranya,modal kecil tapi pulangannya luar biasa byk dan x munasabah.Biasanya diorg akan bg jaminan kebebasan kewangan,bole beli keta besar,rumah besar,duduk rumah goyang kaki je duit bole masuk.pd aku lah kan skim yg betul adalah mcm affiliate sbb kita x perlu keluar modal,upah dibyr berdasarkan pd hasil jualan,tapi memerlukan usaha yg byk,ilmu dan strategi sbb kita kena promosikan produk syarikat.Tapi nak pastikan syarikat tu betul2 wujud ke tak itu yg jadi masalah.Aku ada join satu program affiliate setakat ni aku rasa mcm ok je,nak join layari blog ni http://apai77.blogspot.com/p/produk.html

gdiamy1 said...

apai sempat promote lg tue......huhuhuh..strategi marketing tue....apa yg menarik ttg program2 camtue???

administrator said...

Antara ciri MLM yang patut diwaspadai adalah:

1. Ia tidak melibatkan sebarang produk atau barangan.

2. Kalau pun ia melibatkan produk, harganya adalah jauh lebih mahal daripada produk yang setara kualiti dengannya.

3. Produk yang dijual tidak mendatangkan manfaat yang jelas.

4. Produk yang dijual adalah berasaskan teori atau kajian saintifik yang tiada asasnya.

5. Penekanan tidak diberikan pada produk tetapi pada usaha penajaan. Bagi MLM yang langsung tidak menjual produk, penekanan semata-mata diberikan pada penajaan, yang mana akhirnya, duit menjadi ‘produk’ (dalam industri MLM, ini sering dipanggil skim main duit).

6. Ahli baharu dipaksa membeli stok dalam jumlah yang banyak, hingga mencecah ribuan ringgit.

7. Dan sebagainya.

Moga penerangan ringkas yang saya berikan ini mendatangkan manfaat pada kawan-kawan semua.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

administrator said...

Syabas pada PPIM! Moga kewujudan blog ini terus disebarkan dan dipromosikan supaya para pengguna mendapat manfaat.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Mohd Khalil said...

Tahniah kepada PPIM dengan kemunculan blog seperti ini. Blog saya menyokong penuh kewujudan blog yang memberi manfaat seperti ini.
www.kadikluang.blogspot.com

anuar said...

saya menyokong blog yang dirasmikan, tahniah! semoga masyarakat kita tidak tertipu ngan skim2 yang x tau hujung pangkalnya.cuma,permintaan saya..PPIM
perlulah melampirkan nama2 syarikat yang terlibat dalam penipuan.Pihak PPIM juga harus juga melampirkan nama2 syarikat yang sah dan penuhi syarat2 seperti lesen dan diiktiraf oleh kerajaan malaysia serta tidak mengamalkan sistem piramid.

Ianya adalah untuk tujuan,supaya mudah orang ramai membuat rujukan yang mana betul dan yang mana penipu.kadang2 kita kena bersikap adil.yang tipu tetap penipu,yang benar tetap benar.

Saya melihat Perniagaan MLM di malaysia begitu banyak sekali.Jadi..adakah kita tidak merasa kesian pada syarikat MLM yang tidak mengamalkan sistem piramid dan di iktiraf oleh kerajaan malaysia?

Apabila tajuk utama berkaitan MLM saya rasa..tidak wajar syarikat MLM yang tidak menganjurkan sistem piramid mendapat padah.Adalah lebih baik di lampirkan nama syarikat yang tidak bertanggungjawab bagi membolehkan masyarakat malaysia merujuk di blog ini.

semasa sya kecil2 dahulu,ibu bapa sya..adalah perniaga MLM.Dahulu kes skim piramid tidak ketara..pada zaman itu kes penipuan yang dasyat adalah skim pak man telo.pada zaman itu mana ader internet seperti sekarang.Saya berbangga dengan ibu bapa saya kerana menceburi bidang bisnes yang bernama MLM.

Jadi,tidaklah wajar nama MLM ini dipandang negetive.Syarikat lain yang buat taik,semua syarikat MLM di malaysia akan busuk di sebabkan mamat2 atau syarikat MLM penipu ini.

Setiap perniagaan adalah perlu maintain setiap bulan.cuba cerita,perniagaan apakah yang tidak perlu maintain?jual karipap tepi jalan pun kena maitain.jika ari ini penjualan karipap tidak laku..besok kena cari tepung, keledek gak.walaupun penjualan karipap tidak laku ari ni.gas nak kena beli kalau abis.

Saya rasa dalam perniagaan basic adalah sama..xkira MLM atau pernigaan yang lain.Cuma punca diri kta di tipu adalah,

1.tidak selidik syarikat yang menaja kita.

2.sikap nk cepat kaya,tanpa usaha nak goyang kaki jer..tapi nak duit masuk beribu2 atau berjuta2.

3.Dah tahu modal permulaan yang mencecah puluhan ribu,x logik di akal tapi nak jugak..pegi pinjam bank tu wat apa?

4.X mau keje susah asyik nak senang jee..labur duit jadi duit..x perlu wat keje susah2.perkara yang senang si penipu nak tipu.

5.pilihlah saluran betul untuk join bisnes..

sekian..dari bakal usahawan sejagat.

neutronization said...

rasanya, boleh buat pautan kepada links berikut di website ni:

1. http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=144904215567070&id=144366415620850#!/pages/SAY-NO-to-MLM/144366415620850
atau Say NO to MLM di facebook
2. http://aididmuaddib.blogspot.com/

terima kasih

administrator said...

Ya, benar sdr anuar. Bukan semua MLM penipu. Yang penting adalah kita perlu berwaspada semasa memilih perniagaan yang ingin diceburi dan syarikat MLM yang ingin disertai.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Syed said...

Tahniah dan syabas pd PPIM.. hrp dgn adanya blog ini pgguna dpt mgtahui dan bhati2 dgn sgla penipuan yg blku pd msa kni...

Amnah said...

congrats PPIM...harap lps ni PPIM akn lebih maju dengan pembaharuan yg sentiasa dibuat.

ukhti ikan said...

Diharap blog ni dapat memberi input yang terbaik kepada masyarakat diluar sana..

hijau said...

bkn stakat ppim perlu snaraikan syarikat MLM yg mnipu..tp syarikat dn juga organisasi yg mnipu masyarakat dgn cara yg lain..

mutiara hati said...

Masih ada juga yg prihatin...
Truskan usaha...tahniah...