Monday, June 18, 2012

BELI I PHONE DAPAT BERUS CAT

Masih lagi isu berkisar mengenai kes penipuan dari syarikat Jay One Communication and Services dimana mereka menjual beberapa gadget secara online.
Dan kebanyakan barang dihantar tidak seperti mana yang diinginkan oleh pembeli. Order hp 2-3 biji dapat lesung batu sebiji.
Kali ini,
Seorang mangsa telah membeli iPhone 4s dari syarikat ini tetapi bungkusan yang diterima hanya mengandungi berus cat terpakai, komik berbahasa Cina serta telefon mainan dan bukannya iPhone 4s yang menjadi idaman.

Mangsa kerugian RM1,750 selepas diperdaya sindiket penjualan telefon bimbit terbabit yang beroperasi menerusi laman web.
Dia berkata, ketika melayari portal pengiklanan sindiket terbabit pada 3 Januari lalu,
Dia tertarik dengan iPhone 4s yang ditawarkan pada harga RM1,750 seunit oleh Jay One Communication and Services memandangkan harganya lebih murah berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,400.
Dia berusaha mengesan alamat syarikat terbabit berdasarkan nombor akaun bank penerima bayaran berkenaan iaitu di Muar dan mendapati ia rumah yang disewa beberapa lelaki Melayu..