Mengenai gores dan menang pd 11/10/2010, saya dan suami telah didatangi oleh seorang menawarkan cabutan. Tapi saya kena bayar RM4000. Saya cuma bayar RM3000 dan cabutan itu saya menang barang letrik. Saya tak ambik , dia janji akan jualkan.
Lepas dua bulan tak ada apa-apa. Tapi pada 3 Jan 2010 , seorang bernama Mr.Lim beritahu saya barang dah dijual , RM13890. Saya kena bayar RM1390 , baru dia masukkan cek. Lepas tu dia minta lagi RM1000, untuk cukupkan RM4000 yang sepatutnya saya bayar. Lepas tu dia tak bagi juga. Tak lama lepas tu dihubungi saya dan akan bagi RM30000 tapi dia minta RM3000.
Saya tak bagi tapi seseorang telah ugut saya bahawa Mr.Lim telah ditangkap polis kerana mencuri cek dan saya diugut bersubahat. Saya tahu dia menipu sebab dia kata cek tu ada pada Mr.Lim dan akan di bank in bila dia keluar lokap. Saya tak layan. Baru-baru ni dia (Mr.Lim) hantar msg nak bg balik duit yg saya dah bagi tapi kena bayar RM80. Saya bayar dia, kata dia bank in pada hari Rabu (10.3.2010) ptg. Kemudian , dia bagitahu akan bagi RM8000 kalau saya bayar RM150. Saya bayar. Dia kata dia bank in hari Khamis.
Pada hari jumaat (12/3) dia call saya dan ada sebuah kereta Toyota Camry .Dia kene cari pemenang sebab company tak akan dapat lesen lagi. Dia minta RM2000. Saya tak mampu tapi dia pujuk saya dan saya diminta bayar Rm1000 lagi dan dia bayar. Dia kata nanti kereta dijual dan saya akan separuh bayaran. Dia akan dapat separuh. Petang jumaat saya bayar RM1000+RM100 sebab dia kata xckup duit. Dia juga minta RM300 utk urusan JPJ. Dia minta salinan ic dan lessen memandu hari ini.
Lepas dua bulan tak ada apa-apa. Tapi pada 3 Jan 2010 , seorang bernama Mr.Lim beritahu saya barang dah dijual , RM13890. Saya kena bayar RM1390 , baru dia masukkan cek. Lepas tu dia minta lagi RM1000, untuk cukupkan RM4000 yang sepatutnya saya bayar. Lepas tu dia tak bagi juga. Tak lama lepas tu dihubungi saya dan akan bagi RM30000 tapi dia minta RM3000.
Saya tak bagi tapi seseorang telah ugut saya bahawa Mr.Lim telah ditangkap polis kerana mencuri cek dan saya diugut bersubahat. Saya tahu dia menipu sebab dia kata cek tu ada pada Mr.Lim dan akan di bank in bila dia keluar lokap. Saya tak layan. Baru-baru ni dia (Mr.Lim) hantar msg nak bg balik duit yg saya dah bagi tapi kena bayar RM80. Saya bayar dia, kata dia bank in pada hari Rabu (10.3.2010) ptg. Kemudian , dia bagitahu akan bagi RM8000 kalau saya bayar RM150. Saya bayar. Dia kata dia bank in hari Khamis.
Pada hari jumaat (12/3) dia call saya dan ada sebuah kereta Toyota Camry .Dia kene cari pemenang sebab company tak akan dapat lesen lagi. Dia minta RM2000. Saya tak mampu tapi dia pujuk saya dan saya diminta bayar Rm1000 lagi dan dia bayar. Dia kata nanti kereta dijual dan saya akan separuh bayaran. Dia akan dapat separuh. Petang jumaat saya bayar RM1000+RM100 sebab dia kata xckup duit. Dia juga minta RM300 utk urusan JPJ. Dia minta salinan ic dan lessen memandu hari ini.
18 comments:
Skim gores dan menang ini sudah lama berleluasa di negara kita. Sehingga kini, ia masih tidak dapat dibanteras secara tuntas. Secara umumnya, modus operandi mereka adalah seperti yang berikut:
1. Mendekati mangsa dan menggunakan helah tertentu supaya mangsa menggores kad yang mereka hulurkan. Contohnya, mereka mungkin akan mengatakan, "Ini hanya cabutan bertuah. Tak payah bayar apa-apa" (kata kuncinya di sini adalah "Tak payah bayar apa-apa").
2. Selepas digores, mereka dengan wajah yang ‘terkejut’ dan ceria akan berkata bahawa mangsa memenangi hadiah lumayan.
3. Namun demikian, bagi ‘mendapatkan’ hadiah lumayan itu, mangsa perlu terlebih dahulu membayar wang cengkeram.
4. Jika mangsa enggan membayar, mereka akan menggunakan kekerasan, termasuk menggunakan samseng.
5. Malah selepas membayar pun, ada pula mangsa yang dipaksa melakukan bayaran susulan atas pelbagai alasan.
Moga kita berhati-hati dengan sindiket gores dan menang dan lain-lain sindiket yang seumpama dengannya.
- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)
Maaf keluar topik sedikit, tetapi maklumat di bawah ini tetap relevan dari segi kepenggunaan.
Ia adalah mengenai pelanggan yang berjaya mendapat gantirugi apabila beliau tidak mendapat hasil yang dijanjikan oleh sebuah pusat pelangsingan badan.
- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)
Pelanggan dapat tuntut semula wang
Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 27 Dis. - Sebuah pusat pelangsingan badan diarah membayar ganti rugi sebanyak RM4,060 kepada seorang pembantu undang-undang yang gagal menurunkan berat badannya selepas mengikuti program itu.
Sarijah Saman, 45, yang mengikuti program itu selama empat bulan dengan 84 sesi rawatan dijanjikan penurunan sebanyak 10 hingga 15 kilogram pada harga RM3,688 oleh pusat kecantikan tersebut.
Bagaimanapun, berat badan wanita itu terus meningkat dan dia disahkan mengalami tekanan darah tinggi.
Sarijah berkata, dia mengikuti jadual rawatan tanpa gagal namun hasilnya setelah melakukan kira-kira 80 sesi rawatan, berat badannya tidak berubah malah meningkat lagi sekitar 100 gram kepada 71.6 kg.
"Saya tidak berpuas hati dengan program pelangsingan badan itu dan berhenti daripada mengikutinya kerana tidak mendapat berat badan yang dijanjikan.
"Selain itu, semasa menjalani sesi pelansingan saya juga diminta membeli dua produk minuman tambahan lain untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri sesi pendengaran di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini hari ini.
Sarijah menjelaskan, setelah meminum produk tersebut berat badannya tidak turun sebaliknya sentiasa lapar.
Menurutnya lagi, semasa di peringkat awal rundingan tiada bayaran tambahan diperlukan kerana semuanya telah selesai mengikut pembayaran pakej program.
"Saya rasa terpedaya untuk membeli produk yang disyorkan kerana ia tidak memberi sebarang kesan kepada berat badan saya," katanya.
Setelah meneliti hujah kedua-dua pihak, Presiden TTPM, Mohd. Nasrim Mohd. Salleh menasihatkan pusat penjagaan kesihatan dan kecantikan berkenaan dan Sarijah menyelesaikan masalah itu di luar tribunal.
Selepas berunding, pusat kecantikan itu bersetuju membayar ganti rugi meliputi kos perbelanjaan sesi rawatan termasuk pembelian produk minuman tambahan terbabit kepada Sarijah.
Mohd. Nasrim mengarahkan pusat kecantikan itu menjelaskan bayaran ganti rugi kepada penuntut dalam tempoh 14 hari seperti yang dipersetujui.
kdg2 sikap manusia yg tamak menyebabkan mrk mudah tertipu dgn skim gores dan menang ni....jd kt perlu berhati-hati agar tidak mudah diperdaya skim ini....
Kbnykan ulat gres n mng ni bkn b'agma islam dan target mrk pd org mlyu.. fkr2knla..
benda dah nyata2 penipuan, x kan lah kita senang2 jer kena tipu cam ni.dah la org Melayu kita yg senang tertipu.
Ya, memang ramai yang menjadi mangsa sindiket ini adalah orang Melayu. Selain itu, orang Melayu jugalah yang sering menjadi mangsa skim yang menekankan pada 'kaya cepat', iaitu dengan usaha yang sedikit ataupun tanpa sebarang usaha langsung.
Saya fikir salah satu sebab ini berlaku adalah ekoran sikap orang Melayu yang terlalu mudah percaya dan bertolak ansur. Jangan salah faham. Saya tidak kata bahawa sikap tersebut adalah sikap yang jelik.
Ianya hanya bermakna bahawa kita perlu menyeimbangkan antara sikap tersebut dan pertimbangan logik dan keinginan bagi mendapatkan maklumat lanjut. Moga kita dilindungi daripada menjadi mangsa skim-skim seumpama ini.
- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)
org melayu buka minda anda...jgn memikirkan sesuatu dengan mudah untuk mencapai kekayaan..Semua kekayaan yang hendak di kecapi datang dgn usaha
Orang cina xkn tipu kaumnya sndri...
Ya, benar. Kekayaan yang hendak dikecapi datang dengan usaha. Selain menyebabkan mereka tertipu dengan skim tertentu, sikap ingin cepat kaya tanpa sebarang usaha mengakibatkan ramai orang Melayu terjerumus dalam rasuah, penyelewengan dan pecah amanah.
Terdapat pelbagai alasan yang diberikan oleh mereka yang mengambil rasuah bagi memperwaraskan tindakan mereka mengambil rasuah, termasuklah:
1. “Rasuah ni bukan untuk apa… untuk aku tanggung anak bini.” (Kita perlu sedar bahawa inilah yang menyebabkan lahirnya generasi yang runtuh akhlaknya).
2. “Ah, bukan aku seorang ambil rasuah… semua orang ambil. Kalau aku tak ambil, rugilah aku.” (Dunia ini hanyalah tempat persinggahan sementara buat kita. Kita akan dipertanggungjawabkan atas segala tindakan kita. Biar untung di dunia dan juga untung di akhirat).
3. “Ambil rasuah tak ada masalah, asalkan tak tertangkap. Ah, semua kawan-kawan aku ambil rasuah. Dia orang ambil, aku tolong cover. Aku ambil, dia orang tolong cover.” (Ya, memang kita perlu bantu-membantu. Tetapi saling membantu yang dimaksudkan adalah saling membantu dalam kebaikan dan bukannya kejahatan. Jika tidak dibasmi dengan segera, budaya tolong tutup kesalahan rakan adalah budaya yang akan menghancurkan orang Melayu).
4. Dan sebagainya.
Bagi menangani mentaliti ingin cepat kaya tanpa sebarang usaha, mungkin ada baiknya orang Melayu mengambil pengajaran dari beberapa sikap positif golongan yang biasa menjadi perantau. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Moga kita dilindungi dari gejala rasuah dan segala bentuk penyelewengan. Memanglah kita tidak maksum seperti para nabi, namun kalau dapat, kita cuba elakkan diri dari terperangkap dalam jebak dosa yang tidak kita sedari.
- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)
Hm...btul2, kekayaan dunia hanyalah sementara...biar susah di dunia, jgn susah di akhirat.Haruslah mengetahui tujuan kita dihidupkan, dari mana kita datang, dan kemana kita akan dikembalikan...
Jika b'lku pd dri anda, buatlah aduan pd PPIM.. PPIM sdia membantu...
Ya, benar saudari Hana. Kalau dapat, kita sentiasa mengingatkan diri kita tentang dunia ini yang hanyalah tempat persinggahan sementara sebelum kita dipanggil kembali mengadapNya.
- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)
Kebanyakkan org mudah tertipu apabila dikatakan hadiah percuma..fikir dahulu sebelum tertipu dan ditipu..
senang cerita jangan mudah percaya dengan tawaran hadiah lumayan. mustahil la sekelip mata je orng nak bagi duit. nak masuk tandas pun kene bayar.. fikir-fikirkan
ya...masyarakat hari ini perlu lebih berhati-hati dengan sebarang penipuan berbentuk cabutan bertuah yang menjanjikan hadiah yang lumayan...
benda seperti ini bukannya menjanjikan keuntungan, sebaliknya kemudaratan......
penipuan sentiasa wujud dalam dunia ini,,kita yang sebenarnya perlu berwaspada dan beringat akan segala bahaya yang akan menimpa...
Salam. Saya pun pernah kena tipu dengan sindiket gores dan menang, tapi tak nak buat aduan sebab dah lama, dalam 5 6 tahun lepas. Masa tu saya masih belajar. Tak taula nak kata bodoh ker, tapi kadang2 kalau tak tertipu kita tak rasa....
Masa tu saya xde kereta lagi, so si agen tu nampak peluang kat situ. Saya diberitahu hadiah utama adalah kereta (TOP of the list). Tapi dalam list tu semuanya rasa ada dlm <10 hadiah. So, saya hanya perlu bayar 3k, untuk hadiah kereta. Masa tu sbb tersangatla nak kereta tak terpikir pon bahawa hadiah yg paling bawah tak la sampai 3k. So goresla... dapat hadiah yg paling bawah. Rugila, tapi tak tahu berapa banyak. Kalau barang yg saya dpt 1k, so saya rugi 2k. Masa tu student, so bayangkan 3k tu banyak tau. Tapi lepas kena barula rasa sebenarnya mudah sangat kita tertipu bila kita ada kemahuan untuk memiliki sesuatu yg sgt tinggi......
Post a Comment