Tuesday, December 28, 2010

Fw: Fwd: [Itechniz_Enterprise] INILAH PLAN NETWORK MARKETING YANG KITA SEMUA TUNGGU PLAN TERBARU & TERDAHSYAT, 12/27/2010, 12:00 pm








Title: INILAH PLAN NETWORK MARKETING YANG KITA SEMUA TUNGGU PLAN TERBARU & TERDAHSYAT
Date: Monday December 27, 2010
Time: 12:00 pm - 1:00 pm
Repeats: This event repeats every day.
Notes: NETWORK MARKETING ONLINE BUSINESS is changing FOREVER
For YOUR ULTIMATE HOME BASE ONLINE BUSINESS

System LONGDi2U menggabungkan 3 kekuatan=>NETWORK MARKETING+E-COMMERCE+IT
Ya, 95% dikerjakan SYSTEM & hanya 5% tugas Anda & SPILLOVER AUTOMATIS

SIAPA DAFTAR DULUAN AKAN BERADA DI LEVEL TERATAS SELAMANYA
SEMUA YANG MENDAFTAR SELEPAS ANDA AKAN MENJADI DOWNLINE ANDA
JADI, SEGERA KUNCI POSISI ANDA DULU

GRATIS MENDAFTAR dulu
Click DAFTAR KEAHLIAN -> di sini-> http://tinyurl.com/2csu2vx

Minta PASSWORD ke-> admin@longd2u.com =>Sebutkan LOGIN-ID Anda
Lalu LOGIN
Amati pertambahan Downline SPILLOVER dari SYSTEM
Lalu UPGRADE keanggotaan ANDA, supaya jangan DIDAHULUI

SAYA SENDIRI MENERIMA DOWNLINE SPILLOVER
dan yang Sudah UPGRADE 5,029 Members & belum upgrade 26,495
padahal baru 2 bulan bergabung, WOW

JIKA ANDA DULUAN UPGRADE dari yang belum UPGRADE itu,
MAKA ANDALAH YANG BERHAK ADA DI LEVEL TERATAS
SEMUA HASIL PENAJAAN SAYA JUGA AUTOMATIS MENJADI DOWNLINE ANDA, WOW

INI KESEMPATAN ANDA
GILIRAN ANDA MENGUNCI POSISI TERATAS SECARA KEKAL

INILAH NETWORK MARKETING TERBARU, tentu TERBAIK & PALING REVOLUSIONER
yang SAYA TEMUKAN di INTERNET untuk MENCIPTAKAN FINANCIAL FREEDOM bagi ANDA
SAAT INI NETWORK MARKETING LAIN LESU, LONGD2U MUNCUL PALING REVOLUSIONER

Click DAFTAR KEAHLIAN ->di sini-> http://tinyurl.com/2csu2vx

Pernahkah Anda membaca buku yang ditulis oleh penulis No #1 Malaysia:
"Jutawan Dari Plane Jupiter" Aziz Ali
"Jutawan Senyap" karya Chef Li
atau Buku terlaris dunia "Rich Dad, Poor Dad" oleh Robert T Kiyosaki

Saya telah meneliti buku-buku itu
Ternyata SEMUA ORANG BISA MENCAPAI FINANCIAL FREEDOM ASALKAN ADA KEMAUAN

Cara inilah yg telah diBUKAkan oleh LONGD2U untuk:INDONESIA,MALAYSIA,BRUNEI,SINGAPORE,Thailand

ANDA AKAN DAPAT WEBSITE REPLIKA SEPERTI SAYA PUNYA DI ATAS
SEBAB LOGIN-ID saya = YESSS

GOD BLESS YOU

Bp. SIMON MANGANDE, B.A.. M.Th.
POWERFULL RESPONSIBLE NETWORKER
CLICK DAFTAR KEAHLIAN disini-> http://tinyurl.com/2csu2vx
Login ID:yesss
No Ahli:001031
PPIM : JANGAN TERPEDAYA!!

10 comments:

administrator said...

Penipuan yang berlaku dalam industri MLM sememangnya menyebabkan seluruh industri menanggung kesannya, sedangkan bukan semua syarikat MLM begitu.

Ada syarikat MLM yang menawarkan peluang menjana pendapatan yang tulen dan bukan berasaskan kepalsuan. Malah apabila kita memilih syarikat MLM yang betul, ia membantu kita membangunkan beberapa sikap yang baik dan profesionalisme yang mantap.

Bagi manfaat para netters, di bawah adalah beberapa taktik tidak beretika yang dapat digunakan oleh sesetengah syarikat/upline MLM, lantas menyebabkan kerugian pada ahli, terutamanya ahli baharu:

1. Memaksa ahli baharu membeli stok yang mencecah ribuan ringgit. Kemudian, apabila stok itu tidak dapat dijual, maka si ahli baharu itulah yang menanggung kerugian, sedangkan upline dan syarikat MLM mendapat keuntungan atas pembelian itu.

2. Meniupkan harapan palsu ke dalam jiwa downline, dengan harapan supaya downline terus membeli produk dan cuba merekrut orang baharu ke dalam MLM itu.

3. Menyuruh downline menghadiri kursus (yang dikenakan bayaran), yang sebenarnya lebih menumpukan pada mengapi-apikan semangat downline bagi menjual dan merekrut ahli baharu, bukannya berkenaan kaedah perniagaan MLM yang berkesan.

4. Menukar skim MLM tanpa memaklumkan terlebih dahulu pada ahli. Akibatnya, ahli yang mendaftar dengan skim asal menanggung kerugian. Sebenarnya, ini bukan sahaja tidak beretika, bahkan adalah satu bentuk penipuan yang ketara.

5. Dan sebagainya.

- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)

administrator said...

Sekadar perkongsian dengan para netters. Di bawah adalah laporan berita tentang pembelian rumah oleh warga asing yang dibimbangi menjejaskan peluang rakyat tempatan bagi memiliki hartanah.

Sama-samalah kita mempertahankan hak kita sebagai pengguna bagi memiliki hartanah, di samping menggalakkan pelaburan hartanah asing pada kadar yang munasabah.

Selain itu, ini bukan hanya soal pemilikan, tetapi juga adalah soal keselamatan negara.

- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)

Perkasakan undang-undang pemilikan rumah
KUALA LUMPUR 28 Dis. - Persatuan-persatuan pengguna menggesa kerajaan memperketatkan undang-undang pemilikan rumah demi menjaga kepentingan penduduk tempatan berikutan kebanjiran warga asing di negara ini yang semakin membimbangkan.

Mereka berpendapat, perkara itu perlu segera dilakukan kerana undang-undang pemilikan hartanah yang longgar memberi ruang kepada warga asing untuk terus menetap dan memiliki hartanah di negara ini.

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), N. Marimuthu berkata, tindakan segera perlu diambil supaya rakyat tempatan tidak terus menjadi mangsa keadaan tersebut.

''Kerajaan harus ada polisi yang jelas dan memperbetulkan segera masalah ini sekali gus mengurangkan masalah penduduk tempatan yang berasa terancam dengan kehadiran warga asing,'' katanya.

Beliau mengulas mengenai kebimbangan seorang pembaca akhbar ini mengenai kehadiran semakin ramai warga asing di negara ini sehingga mewujudkan koloni dengan membeli rumah termasuk yang dilelong yang disiarkan dalam ruangan Forum semalam.

Jelas Marimuthu, tanpa kawalan dan undang-undang yang ketat, warga asing akan terus memonopoli sektor hartanah tempatan dan seterusnya menjadikannya sebagai satu pelaburan untuk masa depan.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Dr. Jacob George pula berkata, kerajaan perlu menetapkan syarat kepada warga asing dalam pembelian hartanah supaya masalah itu tidak lagi membelenggu fikiran rakyat tempatan.

''Setiap kementerian perlu membincangkan perkara ini dan seterusnya mengadakan satu polisi yang seragam bagi membendung masalah ini.

''Perkara ini adalah satu perkara lama. Cuba kita perhatikan negara-negara seperti Singapura dan Amerika Syarikat, kenapa kita tidak boleh membeli rumah dan menggunakan perkhidmatan mereka dengan sewenang-wenangnya?'' soalnya.

Jelasnya, negara tersebut menggesa warga asing membeli insurans dan secara tidak langsung ia menutup peluang mereka untuk terus menggunakan perkhidmatan yang disediakan untuk rakyat tempatan termasuk membeli rumah.

Sehubungan itu katanya, Malaysia juga perlu mengambil tindakan sama supaya tidak timbul isu pengambilan hak dan keperluan penduduk tempatan.

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Salleh Yusup pula berpendapat, bilangan warga asing yang menyewa di kawasan perumahan dapat dikurangkan sekiranya tuan rumah berhenti mengambil mereka sebagai penyewa.

"Sekiranya bilangan warga asing yang ramai dianggap sebagai masalah kepada penduduk setempat, mereka perlu berhenti menyewakan rumah kepada warga asing tersebut," ujar beliau.

Salleh menambah, kebanjiran buruh asing di kawasan perumahan adalah berikutan tindakan kontraktor yang tidak menyediakan penempatan kepada mereka.

"Kontraktor seharusnya lebih bertanggungjawab terhadap pekerja mereka dan salah satu cara tersebut ialah dengan menyediakan penempatan kepada golongan itu," katanya.

Enterpreneur Club Cybernetics said...

tiada jalan singkat untuk menjadi kaya... semuanya perlu usaha yang gigih untuk mengecapi kekayaan.

hana said...

Untuk mengikuti dalam MLM ni perlulah disemak sedalam2nya dari pelbagai aspek,perkara utma yg perlu dilihat adlh halal haramyna, agar tidak menyesal dikemudian hari...jgn mudah terpengaruh dgn pulangn yg besar... Betullah apa yg dikatakan tok, "tiada jln singkat utk menjadi kaya"

Unknown said...

haiishhh x hbis2 penipuan pasal MLM ni..sedarlah wahai org kita, belajarlh dari kesilapan org lain yg sudah terkena.

Unknown said...

ke mana harus kita buat aduan, sekiranya berlaku penipuan...

hana said...

em,klu tak salah saya, jika kes yg melibatkan penipuan boleh buat dekat balai polis,dan polis akan cdgkan mane2 agensi yg berkaitan tuk kita rujuk bagi kes penipuan tersebut...
Tapi klu kita tgok pd blogni, rujuk di PPIM pn mgkin boleh juga...

administrator said...

Saya fikir bagi kes penipuan membabitkan MLM, ia dapat dirujuk pada Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebagai pihak bertanggungjawab. Proses yang terlibat mungkin akan dibantu oleh Tribunal Pengguna.

Selain itu, PPIM juga dapat membantu menangani kes-kes seperti ini.

- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)

Unknown said...

tapi MLM skng ni dh mcm cendawan tumbuh tapi tindakan bg pihak berwajib rasanya minimum saja.sebab tu lh mereka dgn senang jer boleh tipu org.

hijau said...

x sangka plak MLM ni ad yg ok...ngatkan sume menipu...