Friday, December 31, 2010

[sim] BINCANG : Perniagaan MLM buat ramai orang Melayu papa kedana


MLM  buat ramai org melayu papa kedana...baik2 ada duit simpanan habis guna buat modal, sedangkan perniagaan tak seberapa..mula2 je bagus..kerana mengejar pangkat..ramai juga yg bercerai berai...anak2 tak terjaga2 .yang untung ialah org yg mula2 masuk...lama2 pernigaan tu jadi tepu...ramai agen dr pembeli..kena maintain lak tiap2 bulan kejar PV la...apa la..gara2 nk cari pendapatan lebih...akhirnya rumah tangga huru hara..adik ipar kazen saya je sebagai contoh..bini masuk MLM dh jadi manager...balik tengah malam tp2 malam..meeting sana sini...anak laki jaga..sebulan dua..mcm ok la..lelama si laki mulai tension...dia nk kerja..nk masak..nk urus anak2..nk kemas rumah...cuci baju...mcm bapak tunggal pulak..bini sibuk meeting aje..tp saya tgk hidup dorg mcm tu jugak...kereta buruk yg dulu tu tak berganti jgaak..makin tenat kereta tu..oleh
kerana kereta tu jugak laki dia nk guna g kerja dan hantar anak2 g sekolah..pagi dan petang..so bini dia terpaksa tumpang kereta org..mula2 perempuan..lama2 tumpang lelaki lak.....dipendekkan cerita akhirnya bercerai...si bini kawin lelaki lain...yg sama2 MLM ngn dia...itu kira anak2 terjaga sebab si ayah tak ikut ber MLM...kalau sama2 MLM?? anak2 pulak jadi mangsa..diabaikan...Entahlah mungkin org lain tak sama dgn cerita  saya  ni nk join  MLM nie..apa pun kena fikirkan juga anak2..sedangkan suami isteri kerja balik lepas waktu pejabat mcm biasa pun kdg2 anak2 boleh terlepas pandang..mcm2 hal dorg buat di luar pengetahuan ibu bapa...inikan pulak ibu bapa buat MLM di samping kerja yg sedia ada..semata2 nk mengejar pendapatan lebih untuk menampung keperluan hidup yg semakin meningkat...adakah kita sanggup anak2 miskin kasih sayang?? berbaloi ke...


Salam takzim,

Redzuan

__._,_._

18 comments:

administrator said...

Kos sara hidup yang meningkat puncanya?

Sebetulnya, pelbagai faktor yang menyebabkan ramai orang Melayu menyertai MLM. Antara faktor utama yang menjadi pertimbangan adalah kos sara hidup yang meningkat dan keinginan bagi mendapatkan kemewahan.

Dalam pada itu, apa yang saudara Redzuan katakan itu ada benarnya. Itulah sebabnya MLM kadangkala menerima jolokan ‘Meeting Larut Malam – MLM’ ataupun ‘Meniaga Larut Malam – MLM’.

Perjumpaan di pejabat syarikat MLM lazimnya diadakan pada waktu malam kerana kebanyakan orang yang menyertai MLM melakukannya separuh masa.

Namun jika terlalu asyik bergiat dalam MLM hinggakan keluarga terabai, maka itu sudah tentu tidak berbaloi sama sekali.

Disebabkan anak-anak terabailah maka masyarakat kita sekarang diserang pelbagai masalah keruntuhan akhlak, termasuklah merempit, buang bayi, penagihan dadah dan sebagainya. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda bahawa ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak mereka.

Pada masa yang sama, peningkatan kos sara hidup menambahkan lagi tekanan ke atas masyarakat, lalu memaksa mereka mencari cara bagi meningkatkan pendapatan.

Oleh itu, usaha bersepadu semua pihak, iaitu pihak kerajaan, swasta dan orang ramai diperlukan bagi memastikan pendapatan rakyat dapat mengimbangi kesan inflasi.

Salah satu cadangan yang kini sering diuar-uarkan adalah gaji minimum. Cadangan ini secara umumnya adalah cadangan yang baik.

Walau bagaimanapun, ia perlu dilaksanakan dengan penuh hati-hati supaya kenaikan gaji tidak disusuli kenaikan kadar inflasi dan di ketika yang sama, ia tidak menjejaskan daya saing ekonomi negara dan peluang mendapatkan pekerjaan.

Berkaitan dengan MLM pula, bagi mereka yang terlibat dalam MLM, ambillah yang baik dari MLM dan buang yang keruh.

Memang tidak salah, bahkan usaha menambahkan pendapatan adalah inisiatif yang murni. Kendatipun begitu, kita perlu memastikan bahawa kita melaksanakan juga tanggungjawab kita yang lain dengan sebaik-baiknya.

- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)

Unknown said...

sedih jugak, kadang2 mereka yg nk masuk MLM ni, sanggup buat pinjaman peribadi dgn bank2, mereka bukan mendapat pulangan yg diharapkan tapi dibebani oleh hutang yg berlambak, jd sblm masuk MLM ni kta perlu berfikir berkali-kali agar kita tidak ditipu...

administrator said...

Kepada mereka yang membuat pinjaman peribadi semata-mata kerana ingin menceburi MLM, saya nasihatkan usahlah berbuat demikian. Pinjaman peribadi hanya patut dilakukan dalam keadaan tertentu sahaja (MLM bukan salah satu daripadanya).

Cuba gunakan sumber kewangan yang lain dan jika tidak mencukupi, tiada salahnya kita bermula secara kecil-kecilan dahulu. Ini pun sebenarnya selaras dengan salah satu ciri MLM, iaitu bagi menyediakan peluang perniagaan yang rendah kosnya dan kurang risikonya (secara relatif berbanding dengan perniagaan konvensional).

Oh ya, sekadar menyambung dari isu kenaikan kos sara hidup, saya fikir kita sebagai pengguna perlu menggunakan kuasa kita bagi tidak membeli dari sesetengah peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak munasabah. Misalnya, kalau pun harga minyak naik 10 sen, takkanlah harga barangan pun naik secara pro-rata, iaitu 10 sen.

Itu memang tidak masuk akal, lebib-lebih lagi bagi produk yang kurang terjejas dengan kenaikan harga bahan api. Maka jelaslah bahawa dalam isu kenaikan kos sara hidup, selain kenaikan harga bahan api, sikap sesetengah peniaga yang tidak bertanggungjawab juga menyumbang pada kenaikan kos sara hidup.

Seperkara lagi untuk pengetahuan kita bersama... Berikut adalah laporan berita mengenai teh sukat/timbang yang dikatakan membahayakan kesihatan kerana mengandungi bahan pewarna.

Moga perkongsian ini dapat menambahkan pengetahuan kita dan membolehkan kita memilih teh dengan lebih berhati-hati.

Bagi mereka yang ingin membaca laporan berita ini, sila ke
http://artikelashadizain.blogspot.com/2011/01/teh-timbang-bahayakan-kesihatan.html

- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)

hana said...

perkara yg tdak wajar dilakukan, inilah jadinya bila keinginan melebihi keperluan...tak salah nak jd kaya, tapi pastikan jalan yang diambil hendaklah dilaluan yg betul...

Unknown said...

sebelum bt sesuatu pk dan kaji dgn teliti dulu.

Unknown said...

Bukan senang nk jd senang dan bukan susah nak jd susah...

Enterpreneur Club Cybernetics said...

berfikirlah sejenak, bkan berfikir scara terburu2.. bak kata pepatah : terlajak perahu boleh di undur, terlajak keputusan sengsara selamanya..

Unknown said...

ramai masyarakat kita hari ini tertarik dengan MLM,hakikatnya kesengsaraan yang akan menimpa...pengalaman yang ingin dikongsi untuk semua pengguna especially student,,kawan saya pernah di offer join MLM,,ingatkan keuntungan yang diperolehi,tapi akhirnya menanggung kerugian,,hargai PTPTN,JPN dll,,,"bersama meenghayati"

Unknown said...

mlm hanya memberi keuntungan yang sementara,peratus kerugian adalah lebih besar...sebaliknya memberi keuntungan yang melebihi kepada pihak atasan mlm itu sendiri sahaja...

Unknown said...

kita perlu menilai baik buruknya sebelum melakukan sesuatu perkara...agak ramai juga orang yang berkiblatkan ustaz tertentu dalam kempen MLM mereka. Berkatalah Al-Laith bin Sa'ad :" Seandainya orang-orang yang memiliki pemahaman halal dan haram meneliti masalah ini, pastilah mereka tidak akan membolehkannya kerana terdapat di dalamnya unsur perjudian "( Riwayat Al-Bukhari).
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=222&Itemid=100

durar said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

saya ada kena tipu oleh syarikat MLM sbyk RM37,000 dan smpai skrg sy mnanggung beban yg amat berat sekali.
syarikat terbabit masih lagi berada di Kuala Lumpur tetapi kuncu2 dia dah bertaburan.Company DCHL or RZ Coperation yg dijalankan Oleh kelab One Team

Unknown said...

md. zaidi

tentang komen anda, saya juga turut mempunyai pengalaman yg sama sperti anda akan tetapi skim piramid / cepat kaya yg dijalankan bukanlah daripada company tersebut (DCHL atau RZ cooperation). Ia dijalankan oleh beberapa kumpulan ejen skim terbabit seperti Friends club, Star club, Family club, dan Super team yg mana semua kumpulan itu bernanung di bawah satu kelab dinamakan One Team. Saya juga pernah menghadiri program terbesar mereka iaitu dipanggil NDO yg diadakan setiap bulan di Sunway Pyramid. Namun hati kecil saya tetap berkeras untuk tidak menyertai mereka atas dasar tidak bersedia untuk menanggung risiko walaupun kebanyakkan ahli2 kumpulan tersebut tak henti2 memujuk saya bahkan tak kurang juga yang memperlekehkan saya kerana mereka selalu bertanyakan status simpanan kewangan saya( yg sememangnya kecil namun saya percaya simpan sedikit2 dgn penuh disiplin lama2 akan beri pulangan yg banyak kelak)serta aset yg saya miliki,maklumlah kebanyakkan upliners mahupun atas drp mereka iaitu CM dan marquis memiliki kereta yg mewah seperti BMW M4, Nissan Fairlady, Mercedez SLK,Skyline, Audi R8 dan sebagainya.
Hinggalah pada satu hari tanggal akhir bulan Julai 2010 apabila saya terbaca di ruangan akhbar Berita Harian serta Kosmo tentang tumpasnya kumpulan terbabit serta company baru yg mereka (pada pendapat saya mereka berpindah ke company yg lain) bernanung iaitu NatStar Sdn Bhd. Walaupun saya berasa amat lega tidak menjadi mangsa pujukan mereka akan tetapi jauh di sudut hati saya berkata kesian...kesian pada mereka yg telah terlibat dalam skim tersebut kerana seingat saya ada dikalangan mereka sanggup berhenti kerja sbg penjawat awam mahupun swasta baik serendah2 pangkat hinggalah yg pernah bergelar jurutera Petronas, doktor, pensyarah, pegawai eksekutif dan sebagainya. Macam mana lah mereka boleh meneruskan hidup?? namun lebih drp itu adalah mereka yg dulu nya bekerja dgn jawatan rendah krn kelulusan yg rendah, bagaimana pula dengan kehidupan mereka?
harap agar mereka tabah dalam menghadapi dugaan ini dan moga mereka dapat rezeki yg baru.

Tak salah berniaga kerana sabda Rasullullah s.a.w "9/10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan". Namun yang pasti jenis perniagaan yg Baginda telah sabdakan itu mestilah bebas daripada unsur penipuan,syubhah,menindas,manipulasi dan riba'. MLM sebenarnya satu kaedah perniagaan yg baik namun ia disalah gunakan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab dek kerana mahu ingin cepat kaya dan senang dalam masa yang singkat. Oleh itu kepada sesiapa yg baru sahaja berjinak2 atau dihampiri oleh mana individu yang menawar sebarang jenis perniagaan..berhati2 lah dengan memahami pelan marketing,produk yg ditawarkan,status sah lesen perniagaan,BNM,halal haram dan yg paling penting ialah diri anda sendiri bersedia atau tidak untuk menanggung risiko dalam perniagaan kerana dalam apa jua jenis perniagaan semuanya ada risiko tersendiri dan tiada yang senang atau jalan pintas untuk mendapatkan kesenangan,kejayaan atau kebahagiaan.

Ibn_kadir said...

HARAP PPIM LEBIH BERANI DENGAN MENYENARAIKAN SYARIKAT MLM YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN TIDAK MENGIKUT LANDASAN YANG BETUL..

Hafiz.biz09 said...

Setuju sangat2 jika ada satu senarai mereka yg terlibat dan perlu di hindari oleh masyarakat...

Unknown said...

Diharap PPIM mengambil tindakan yg sewajarnya dengan penipuan2 ni yg hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja dan merugikan pihak yang lain2..

Saya sgt bersetuju dgn SYED kalau dibiarkan boleh menyebabkan bangsa kita akan mundur...

Banyak implikasi yg buruk boleh terjadi disebabkan penipuan ni..

Disini saya ingn berkonsi kepada anda semua termasuk pihak PPIM tentang sedikit kajian penipuan MLM dan seangkatan dengannya

Sudi2kanlah melawat blog yg saya kira banyak info berguna tentang penipuan ni iaitu "aidileaks"

salah satunya menceritakan bagaimana syarikat MLM terbesar didunia AMWAY disaman oleh consumernya sendiri, kajian penipuan gelang magnet, air ajaib dll...

Unknown said...

maaf sila layari di "aididleaks"

Unknown said...

assalammualaikum..saya mintak maaf terlebih dahulu..cuma apa yang saya nak cakap kat sini..saya hanya perlukan 2 orang sahaja untuk kami ajar bagaimana nak berjaya..kami sedang memperluaskan di area cheras..INI BUKAN MLM..INI BUKAN MAIN SAHAM..BUKAN MAIN KUTU..saya tak nak janjikan bulan bintang..tapi saya dan rakan2 saya yang lain nak kongsi ilmu apa itu perniagaan.alhamdulillah syarikat yang akan gegarkan dunia ni UNDER MSC dan telah mendapat persetujuan dari persatuan bangsa2 bersatu(PBB).boleh whatsapp sy 0142434904..call 0172093415..