Tuesday, January 18, 2011

EMEL: BALASAN

---------- Forwarded message ----------
From: Ria Citra <ria.citra2010@rediffmail.com>
Date: 2010/12/20
Subject: BALASAN

Dear,

Perkenalkan nama saya Ria Citra Saya ringgal di London namun berasal dari Indonesia . Saya bertemu seorang bankir. Mr Clement berniat untuk datang berinvestasi di Indonesia.Dia menasihati saya untuk mencari seorang teman di Indonesia yang dapat membantu dia berinvestasi. Apakaha Anda bisa membantu Mr Clement?


Mr Clement sendiri adalah seorang Direktur Executive yang mengurus pengkreditan dan Nota Luar Negeri di Bank Of  Citibank (UK) PLC. Beralamatkan di
11 Earl Grey Street Edinburgh
EH3 9B. Dia ingin mentransfer uang sebanyak
5,000,000.00 pounds dan menggunakannya untuk berinvestasi di Indonesia .

Apabila anda berminat membantu, mohon anda bisa membantu juga dalam:

1. Membantu dalam hal transfer dana yang dimaksud
2. Memberikan arahan dalam hal-hal yang patut diinvestasikan
3. Membantu membeli harta perumahan di Indonesia


Apabila anda berniat untuk membantu dia dalam tranksaksi ini, anda diberikan 30% dari jumlah dana 5,000,000.00 Pounds. Mr Clement akan sangat senang apabila anda bisa membantu dengan memberikan NOMOR TELEPON anda. Ini supaya Mr Clement bisa memberikan informasi lengkap tentang cara, prosedur dan berbagai macam hal yang berhubungan agar dana ini bisa ditransfer atau tersedia untuk anda.


Saya menunggu balasan dan reaksi positif anda.
Apabila anda BERMINAT membantu saya dan Mr.Clement, silahkan memberikan

BALASAN BERUPA EMAIL: KE   citra_ria2010@hotmail.com  

Hormat Ria 
PPIM : Sang penipu memang akan sentiasa mencari jalan memperdayakan kita. Emel sebegini terdapat dalam pelbagai bahasa yang tujuannya 1, MENIPU! Kesimpulannya, JANGAN MUDAH TERPEDAYA!

7 comments:

administrator said...

Emel ini mempunyai beberapa keraguan:

1. Ia adalah bulk email kerana tidak menyertakan nama penerima emel itu. Ini bermakna emel ini dihantar kepada ramai orang, malah mungkin mencecah ribuan orang. Ini dilakukan bagi memaksimumkan kebarangkalian salah seorang penerima termakan dengan umpan mereka.

2. Jika Mr Clement adalah seorang pegawai tinggi di Citibank, mengapakah dia memerlukan seorang wakil yang tidak dikenalinya bagi membantunya melakukan pelaburan? Bukankah lebih mudah baginya memanfaatkan jaringan yang ada dengan Citibank Indonesia ataupun lain-lain bank antarabangsa yang beroperasi di Indonesia?

3. Apa perlunya Mr Clement menggunakan pihak ketiga yang tidak dikenalinya bagi memindahkan dana pelaburannya ke Indonesia? Ini bukan sahaja meragukan, malah amat berisiko buat Mr Clement sendiri.

4. Apa perlunya Mr Clement, seorang pegawai tinggi Citibank meminta nasihat daripada pihak ketiga yang tidak dikenalinya bagi menentukan sektor-sektor yang sesuai bagi dana pelaburannya? Sudah tentu dia sendiri sebagai pegawai tinggi Citibank dapat menentukan sektor ekonomi di Indonesia yang menawarkan kadar keuntungan paling tinggi ataupun meminta nasihat daripada institusi kewangan tempatan dan antarabangsa di Indonesia.

Moga analisis ringkas ini dapat membantu kawan-kawan semua.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

administrator said...

Saya ingin juga menarik perhatian rakan-rakan semua tentang kesedaran sivik yang jelas semakin merudum di negara kita yang tercinta ini.

Perhatikan sahaja di sekeliling kita, maka kita akan melihat buktinya. Misalnya adalah:

1. Melakukan pembakaran secara terbuka.

2. Meletakkan kereta sesuka hati, terutamanya parkir berganda (double parking). Ya, memanglah kadangkala kita terpaksa memarkir kereta secara double parking. Tetapi pastikan kita berada di dalam kereta ataupun sentiasa melihat-lihat kalau-kalau kereta yang kita hadang itu ingin keluar.

3. Memasuki jalan no entry ataupun jalan sehala tanpa peduli.

4. Menghalang laluan kenderaan lain, malah ada juga yang meletakkan kereta di depan rumah orang lain.

5. Dan sebagainya.

Mungkin ada yang berpandangan bahawa perkara di atas bukan isu besar.

Namun begitu, kita perlu sedar bahawa kebakaran hutan yang luas bermula dari percikan api yang kecil.

Kita perlu mencegah sesuatu masalah daripada berlaku ataupun menanganinya semasa masalah itu masih kecil dan terkawal.

Jika tidak, kita akan berhadapan dengan situasi yang mana masyarakat kita menjadi masyarakat anarkis yang tidak mengendahkan undang-undang dan kemaslahatan orang lain.

Kebimbangan ini ada asasnya, iaitu berdasarkan dua laporan berita hari ini, yang mana orang ramai bukan hanya tidak membantu mangsa kemalangan, malah mencuri barangan mangsa, iaitu syiling dan yogurt (berita penuh di:
http://artikelashadizain.blogspot.com/2011/01/apa-sudah-jadi-tamak-dan-mementingkan.html

Moga sedikit perkongsian saya ini mendatangkan manfaat kepada kawan-kawan semua.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

hijau said...

nsb bek ad admnstrator yg slalu trgkn pd pmbca..klu x kmi pun xphm sgt artikel2 ni..tq...:)

administrator said...

sama-sama, hijau :)

Moga kita terus saling membantu demi memajukan ummah. Amin.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

mutiara hati said...

hm...btul, agak pening jugak nak faham isu ini... tq...

administrator said...

sama-sama :)

ali said...

terima kasih di ats maklumat yg dikongsi ni, moga sama2 lh kita mengelakkan diri daripada ditipu dan menipu.......