Wednesday, January 26, 2011

TELEKOMUNIKASI-CAJ BERLEBIHAN KEPADA PENGGUNA TELEFON BIMBIT

From: mohd ns <mo?????@gmail.com>
Date: 2010/2/22

( gambar adalah sebagai hiasan)

Salam to PPIM, Mesej iklan ke handphone 
Saya menerima mesej iklan ke hendphone yang mengenakan caj. Untuk info, sebelum ini saya pernah melanggan permainan video menerusi iklan di TV. Untuk makluman juga, setiap mesej yg diterima tidak terdapat pilihan untuk membatalkan perkhidmatan tersebut. Ini membebankan saya dari segi kewangan kerana setiap bulan terpaksa menanggung kos lebih daripada RM100.Paparan di telefon bimbit ada seperti berikut:

title: RM6.00: RACE-FRUIT SQUASH Address: http://202.71.107.3:8080/sms/my_download.php?id 617622_56631(number id adalah berlainan utk setiap mesej yg dihantar.) Sepatutnya semua iklan berbentuk langganan mestilah mempunyai pilihan utk membatal perkidmatan sekiranya pengguna ingin menamatkan perkhidmatan.Ini merupakan penipuan terhadap pengguna. Saya berharap pihak PPIM dapat menyelongkar masalah ini serta dapat membantu saya untuk keluar dari bebanan ini. Saya percaya masih ramai lagi di luar sana yang mempunyai masalah seperti ini.

Yang benar
M------- n

PPIM : Aduan ini akan dirujuk kepada CFM (Consumer Forum Malaysia) untuk tindakan dan penjelasan selanjutnya.

6 comments:

administrator said...

Sebenarnya, kegiatan ini sudah berleluasa sejak beberapa tahun lepas, iaitu apabila ringtone, ringback tone, wallpaper dan sebagainya mula popular di kalangan pengguna.

Mereka yang melanggan perkhidmatan ini dapat ditipu melalui sekurang-kurangnya dua cara, iaitu:

1. Cara memberhentikan langganan tidak diberitahu pada pengguna (atau sememangnya tiada).

2. Sekalipun pengguna telah memberhentikan langganan, mereka terus dicaj.

Berwaspadalah dengan perkara ini. Diharap pihak syarikat telekomunikasi dan semua agensi berkenaan, terutamanya SKMM mengambil berat akan perkara ini. Ini kerana penipuan seperti ini sudah terlalu lama berlaku.

Selain itu, baru-baru ini, beberapa negeri di Malaysia mengalami antara banjir terburuk dalam sejarah. Banyak harta benda yang rosak.

Maka saya ingin menasihatkan rakan-rakan supaya berhati-hati jika ditawarkan kereta pada harga yang murah.

Ini kerana kemungkinan kereta itu adalah kereta yang sudah pun rosak akibat banjir.

Dengan demikian, pihak yang tidak bertanggung jawab itu ingin melupuskan kereta tersebut pada harga yang murah, dengan menipu mangsa kononnya keadaan kereta berkenaan masih baik.

Perkara yang sama pernah berlaku selepas banjir melanda Johor beberapa tahun yang lepas.

Pasaran tiba-tiba dilambakkan dengan kereta pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.

Apabila disiasat, ternyata kereta berkenaan adalah kereta yang sudah pun rosak akibat banjir.

Moga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Unknown said...

terima kasaih berkongsi maklumat..saya pernah terkena apabila setiap kali topak jer 'dia' akan tarik RM3.. bila tpon celcom diorang bgtau awk prnh langgan/ download gmes..padahal sy xpernah langgan pun..

Unknown said...

tq ngan info tersebut...

Unknown said...

Ada pihak yg mggunakan syrkat telekomunikasi utk mgait keuntungan..

Rizman said...

apa sms yang ada terima

sila reply balik kepada no sama

dan taip

STOP ALL

SKMM dah lama tetapkan cara itu untuk stop dimana semua servis sms kena ikut.

Unknown said...

good info.. thanks a lot