Sunday, January 23, 2011

TITAN GROUP



From: A------ D--- <a----.d??d@gmail.com>
Date: 2010/2/9


Saya baru mendapat panggilan dari TITAN GROUP, katanya ada peluang perniagaan yang menguntungkan dengan cara membuat pelaburan akan dapat pulangan minimum ribuan ringgit setiap bulan. Modus operandi ala Water Drop rasanya. Minta pihak PPIM membuat siasatan dan war-warkan dalam radio dan juga akhbar sekiranya didapati ianya adalah tujuan penipuan. Mesej yang diberi kepada handphone saya setelah bersetuju untuk menghadiri sesi taklimat adalah seperti berikut.\"TITAN GROUP\"Exclusive Business invitation at the JAYA ONE No 23-7 Block B, No 72-A Jalan Universiti, Section 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor. Look for Mr Eric Leong (Speaker)

PPIM : Setakat maklumat yang kami ada, perniagaan water drops masih lagi  berleluasa dengan menggunakan nama perniagaan yang lain tetapi menggunakan modus operandi yang sama. Jika anda ada maklumat yang sama, maklumkan kami untuk siasatan. Rujuk juga



http://www.complaintsboard.com/complaints/titan-group-sdn-bhd-c359851.html


2 comments:

administrator said...

Bercakap mengenai penipuan atas nama 'pelaburan', saya ingin berkongsi maklumat mengenai modus operandi peluang perniagaan yang bertopengkan perniagaan kiosk.

Disebabkan penerangan ini agak panjang, maka saya hanya akan menyenaraikan 5 modus operandi pertama syarikat terbabit.

Maklumat lanjut mengenai modus operandi dan taktik penipuan syarikat tersebut dapat dibaca di

http://artikelashadizain.blogspot.com/2011/01/modus-operandi-dan-taktik-penipuan.html

(copy paste link di atas pada browser anda)

Terdapat laporan mengenai penipuan niaga, yang mana mangsa melaporkan bahawa ada syarikat menawarkan peluang perniagaan kiosk yang sebenarnya adalah peluang perniagaan yang palsu.

Peluang yang ditawarkan adalah dalam bentuk kiosk ataupun mesin layan diri (vending machine). Modus operandi mereka adalah seperti yang berikut:

1. Kebanyakan mangsa dihubungi melalui panggilan telefon dan ada juga yang ditemui di pameran-pameran perdagangan atau ‘roadshow’ yang dianjurkan oleh syarikat terbabit.

2. Mangsa dijemput menghadiri pembentangan mengenai konsep perniagaan kiosk.

3. Mangsa ditawarkan peluang perniagaan ‘multifunction automatic touchscreen’. Pelaburan dalam perniagaan kiosk ini dikatakan mampu menjana pendapatan antara RM3,000.00 – 4,000.00 sebulan.

4. Pendapatan adalah dalam bentuk komisyen antara 3 - 13%. Komisyen tersebut dikatakan bersumberkan reload prabayar, tempahan tiket wayang, tiket bas, tiket penerbangan dan bayaran bil utiliti, cukai pintu majlis/kerajaan tempatan, saman dan lain-lain lagi.

5. Selain komisyen, mangsa dijanjikan bayaran tetap bulanan sebanyak RM1,000.0. Bayaran ini dikatakan bersumberkan hasil sewaan ruang (sisi kiri dan kanan) kiosk kepada pengiklan pada kadar sewa RM500.00 untuk setiap sisi sebulan.

Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan semua.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Nizam said...

http://lifetimeholidaysdnbhd.blogspot.com/
Terdapat satu lagi syarikat yang menipu dengan modus operandi yang sama dan telah minipu ramai pelabur. syarikat tersebut adalah Life Time Holidays Sdn. Bhd. Sebelum ini pejabat mereka beroperasi di wisma TCL, Jalan Ipoh, KL kini telah ditutup. Cawangan di Damansara masih ada dan mungkin menjalankan kegiatan yg sama dengan menipu para pelabur dengan mengadakan roadshow di seluruh negara.
http://lifetimeholidaysdnbhd.blogspot.com/