Sunday, February 6, 2011

PENIPUAN INTERNET :


---------- Forwarded message ----------
From: Ibrahim Hasan <rezeki_online84@yahoo.com>
Date: 2010/2/28
Subject: Catcheye adalah sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia




apa yang menariknye anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat disini.


Ya,mudah saja,klik2 iklan tak sampai seminit dah dapat duit,
malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti..


Katakan anda menaja 10 orang di level 1, kemudian mereka menaja 10 orang lagi sehinggalah 4 level, tahu tak awak akan peroleh RM11 jika sehari mereka klik untuk 1 iklan, kalau sehari mereka klik 10x anda peroleh RM11x10=RM110 jika sebulan anda akan peroleh RM110x30=RM3300..


Banyak tu .. awak tak nak ke? Jomlah sertai saya..benda ni 100%
percuma..tak perlu modal cuma perkenalkan kepada 10 orang je..benda free xkan tak boleh ajak..


Untuk maklumat awak,keahlian Catcheye telah
mencecah 46,723 orang sekarang.. jangan berlengah lagi..Ini bukan penipuan


KLIK SINI UNTUK PENDAFTARAN ..FREE JER X BAYAR SATU SEN PUN.


2. Klik 'Join Catcheye now'


3. Isi maklumat diri, IC dan alamat (penting sebab cek dihantar berdasarkan ini selepas cukup RM50)


4. Isi jawapan:


soalan 1 jawapan A (atas sekali),
soalan 2 jawapan B (yang tengah),
soalan 3 jawapan A (atas sekali).
p/s (jika jawab salah pendaftaran tidak diterima)



5. Klik agree and proceed.. Ok siap. Kemudian apa perlu buat?


1.klik sign in


2.lepas sign in klik reward panel


3.Anda lihat akaun anda ade RM1 (bonus).


4.Copy link anda dan gantikan link saya ini dengan link anda.


5.postkan di buletin facebook atau myspace & emailkan kepada kawan2.


6.Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level 1.


percayalah!sebab benda ni 100% percuma REZEKI Allah YG BG..TP KITE KNE USAHA JGAK KN??
TGGU APE LG?? J0MLA J0IN.. =)
klik, klik, klik


*x berminat pn try je…anggap je main2 mne tau ade rezeki FREE JE...^_^

PPIM : Carilah keberkatan dalam mencari rezeki. Tiada rezeki yang berkat semudah 1 klik. Jangan mudah terpedaya. Elakkan susah di kemudian hari

8 comments:

administrator said...

Macam-macam.

Saya juga ingin mengingatkan kawan-kawan supaya berhati-hati jika berhadapan dengan situasi berikut (emas presiden Tunisia):

1. Anda menerima emel, yang mana pengirimnya memberitahu anda bahawa baru-baru ini, Presiden Tunisia digulingkan oleh gelombang kebangkitan rakyat.

2. Seterusnya, pengirim emel mengatakan bahawa sebelum digulingkan, Presiden Tunisia dan kroninya sempat melarikan bertan-tan emas dari bank pusat negara itu.

3. Emas tersebut sudah pun dijual di pasaran gelap bagi mendapatkan tunai.

4. Kini, Presiden Tunisia melalui ejennya sedang mencari peluang bagi ‘membersihkan’ wang haram itu atas nama pelaburan.

5. Maka anda dijemput menjadi proksi kepada Presiden Tunisia bagi melaburkan wang itu di negara anda.

6. Sebagai balasan, anda akan menerima peratusan tertentu dari nilai ‘pelaburan’ terbabit.

Usah tertipu jika anda menerima tawaran seperti ini. Sekalipun ia adalah tawaran yang benar (kebarangkaliannya amat tipis sekali), ia tetap menyalahi undang-undang kerana ia membabitkan pengubahan wang haram.

Moga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

mutiara hati said...

Ya...Langkah yg sangat mudah.
Semoga ita lebih peka terhadap situasi sebegini agar kita tidak mudah terpengaruh...

ott said...

semakin berleluasa penipuan seperti ini......diharap semua pengguna hendaklah berhati-hati....

durar said...

nak cari duit biarlah dr sumber y diykini...

Amnah said...

penipuan di internet semakin berleluasa sekarang ni..ia terpulang pd individu tersebut untk menilai Mana yg betul n mana yg salah,..

ukhti ikan said...

haih senang betol diorang ni cari duit..xberkat..senang kat dunia jer..

muhammad akmal said...

pikir logik saja. sapa nk bg duit free2 kat kita harini?? kalau ada lubuk mana yg bleh dapat duit free, takkan la diowang nak kongsi ngn kita.. bek depa amek kat depa ja kan.. paling2 tidak pn depa akan bg kat adik beradik depa dulu.. buat apa bg kt kita yg haram tak kenai ni.. kadang2 sedih, mahasiswa2 yg belajar tinggi2 kat universiti pn kena tipu jugak.. benda ni boleh pkir logik akal.. takda menda yg datang mudah kat kita.. kalau terjumpa duit rm50 kat jalan, takkan kita nak share ngn semua org yg melalui jalan tu kan..

kalau duit atas nama perniagaan atau pelaburan, apa jenis produk?? semua org tak pernah bertanya pasal produk yg dijual, yd depa tau, masuk seringgit pasni dapat dua ringgit. datang dari mana pon tak tahu la.. bank yg buat untung gila2 pn tak mampu nk bagi dividend 100% kat semua pelabur2.. huuhu

guna la akal sebelum bertindak..

dayang said...

sokong Muhammad Akmal...nampak sangat benda ni tak masuk akal.....