Tuesday, November 26, 2013

HATI-HATI DENGAN EJEN PELABURAN - "Datuk kena tipu"



KERANA WANG BADAN BINASA
semakin berleluasa unsur penipuan dikalangan rakyat Malaysia, berlaku kepada semua golongan. HATI-HATI MEMBUAT PELABURAN

PELABURAN DALAM ISLAM
Sebagai seorang islam yang mukmin, menuntut ilmu menjadi satu kewajipan dan adalah wajib bagi kita untuk menuntut ilmu yang diperlukan. Dan orang yang berusaha itu memerlukan kepada ilmu perusahaan. Haruslah kita mempunyai sekadar yang diperlukan dari ilmu berniaga, supaya dapat membezakan, yang diperbolehkan dan yang dilarang , tempat yang mengandungi kesulitan dan yang jelas-terang. Kalau tidak, niscaya kita akan terjerumus kepada yang haram tanpa kita sedari. 
Berkata 'Umar r.a., "Tidaklah berjual-beli, selain orang yang berpengetahuan ilmu fiqah. Kalau tidak, dia akan memakan riba. Dengan kemahuannya atau tidak dengan kemahuannya".
Pelaburan adalah sebahagian daripada perniagaan yang dibenarkan di dalam Islam.  Pelaburan (Al-qiradl) atau penyerahan modal untuk diperniagakan di dalam Islam mempunyai beberapa syarat dan rukun seperti di bawah:
  
Rukun 1 : Modal 
-   Syaratnya modal itu mestilah berupa wang yang dimaklumi jumlahnya dan diserahkankepada yang akan mengerjakannya dalam perniagaan. 

Rukun 2 : Keuntungan
-    Hendaklah keuntungan itu diketahui pembahagiannya dengan disyaratkan bagi pemilik modal sepertiga atau seperdua atau berapa yang dikehendakinya.

 Rukun 3: 'Amil iaitu orang yang melaksanakan perniagaan

-  syaratnya perniagaan itu tidak menyempitkan kepada 'amil dengan penentuan barang dan waktu atau sesuatu syarat yang menyempitkan pintu perniagaan, niscaya 'apad qiradl itu batal.

1 comment:

Alex Costica said...

http://www.marketglory.com/strategygame/alyc1