Tuesday, September 20, 2016

HATI-HATI JIKA BERURUSAN DENGAN INDIVIDU INI


Seorang mangsa penipuan Gores dan Menang yang dijanjikan hadiah lumayan berupa sebuah kereta dan pakej umrah hanya mampu berputih mata selepas menghabiskan hampir 30 ribu ringgit wang simpanannya untuk menebus hadiah tersebut. Setelah membayar lunas wang tersebut, hadiah yang dijanjikan masih belum diserahkan kepada beliau.

Setelah itu seorang individu yang mengenalkan dirinya dengan nama panggilan En. Adam menghubungi mangsa dan memaklumkan kepada mangsa bahawa pihaknya mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi mangsa dengan mengambil tindakan mahkamah ke atas syarikat Gores dan Menang dan menurutnya mangsa akan menerima ganti rugi dengan nilai yang lebih besar iaitu hampir RM 300 ribu ringgit.

Mangsa bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh En Adam namun beliau meminta mangsa untuk membayar kos mahkamah dan memberi cadangan kepada mangsa untuk membuat pinjaman kepada 'ah long' untuk membayar kos mahkamah. Mangsa telah meminjam hampir 15 ribu ringgit dari ah long dan selebihnya dari ahli keluarga terdekat.

Mangsa telah membayar hampir RM 170 ribu kepada En Adam namun kes beliau masih belum selesai malahan mangsa diugut pula oleh En Adam untuk membayar sejumlah wang kepadanya.nMangsa terus diugut dan diancam keselamatan keluarganya. Mangsa telah datang ke Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk mendapatkan bantuan.

No comments: