Tuesday, January 25, 2011

EMEL PILIHAN : Kemaskini Fatwa hukum MLM.


From: hey-qall <ai????????????85@yahoo.com>
Date: 2011/1/16
Subject: Kemaskini Fatwa hukum MLM.
To: webmaster@islam.gov.my
Cc: efatwa@islam.gov.my, projakim@islam.gov.my, muslimconsumers@gmail.com, wanzahidi@muftiwp.gov.my, mamat@muftiwp.gov.my, azizah@muftiwp.gov.my, webmaster@moha.gov.my, cap1@streamyx.com


Assalamualaikum,

saya ingin menarik perhatian pihak tuan berhubung fatwa MLM atau Multi Level Marketing.

Diharapkan pihak Tuan, dapat mengemaskini data tersebut dengan lebih jelas. Saya dapati hukum bagi MLM di website Majlis Fatwa adalah harus.tetapi tiada penjelasan mengenainya.

ini kerana :

1. Banyak syarikat yang menggunakan fatwa tersebut untuk mengaut keuntungan.
2. Banyak orang sudah tertipu dengan skim2 pyramid atau pun MLM terutama nya kaum MELAYU.

Ini antara kandungan yang dpt membantu dan mengelakkan penipuan berleluasa.Perkara ini ditulis oleh pihak JAKIM dalam Email, tetapi TIADA di website.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa secara amnya hukum Multi Level Marketing (MLM) adalah harus. MLM itu harus hukumnya sekiranya:


  • Transaksi iaitu akad antara penjual dan pembeli dilakukan atas kerelaan dua-dua belah pihak iaitu atas dasar suka sama suka dan tiada paksaan.
  • Barang yang diperdagang atau dijualbeli suci, bermanfaat dan sahih sehingga tiada unsur kesamaran atau penipuan.
  • Harga barangan yang diperjualbeli adalah wajar dan tidak membebankan.

Tetapi ada beberapa sebab yang akan membatal dan mengubah hukum harus tersebut kepada haram:

  • Hasil pendapatan bukan dari hasil penjualan barang.
  • Barangan yang ditawarkan tidak berkualiti dan benar-benar berguna atau mempunyai kajian saintifik.
  • Ahli menyertai MLM kerana keinginan terhadap pendapatan yang dijanjikan bukan produknya.
  • Harga tinggi daripada biasa.  
  • Belian peribadi minimum (target) sebagai syarat komisyen.
Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan harganya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193. (ini lebih kepada perniagaan internet seperti Login Facebook Dapat RM 100, Tunai Segera, RM20 Segera, MySpaceMoney, DAPATWANG dan sebagainya).


  • Jual beli melibatkan barangan yang diharamkan dalam Islam.  
  • Terdapat juga unsur mirip “shafqatayn fi shafqah”, atau bay’atayn fi bay’ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu). Contohnya “aku jual barang water filter ini dengan harga RM 2000 dengan syarat engkau jadi wakil jualanku dengan komisyen sebanyak 3 % dari harga jualanmu dan aku beri mandat kamu untuk jadi lantik ahli baru dan setiap jualannya kamu akan dapat 1 % dengan syarat kamu ada jualan sendiri sebanyak RM 1000 setiap bulan”.
(Jawapan dari pihak JAKIM berhubung Hukum MLM).

Diharap pihak Tuan dapat memasukkan data-data tersebut agar dapat menjelaskan kepada orang awam.

kenapa hukum nya HARUS dan bagaimana terjadinya HARAM.

terima kasih.

Yang prihatin,
Hiekal

9 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

seharusnya perkara sebegini perlu di war-warkan di media massa untuk pengetahuan orang ramai..bukan hanya paparkan di email..harap pihak JAKIM alert dgn pkr sebegini..

basyirahsheikh said...

Terima kasih krn bagi info berguna ni..

staff said...

terima kasih di atas cadangan yang diberikan saudari ukhti ikan..

Unknown said...

Hrp phak yg terlibat mgmbil brat mgnai ini...

administrator said...

Ya, saya fikir elok fatwa ini terus disebarkan supaya kefahaman mengenainya meningkat.

Dalam pada itu, saya ingin menarik perhatian kawan-kawan tentang isu pelantikan Dato’ Khusrin Munawir sebagai Setiausaha kerajaan Selangor.

Perkara yang ingin saya terangkan secara ringkas ini bukan berkaitan dengan isu ini secara langsung, tetapi adalah susulan isu ini.

Ini kerana kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat kini saling menuduh bahawa pihak lawan telah menderhaka pada Sultan Selangor.

Maka nasihat yang ingin saya berikan adalah seperti yang berikut:

Berhati-hatilah jika ada pihak yang menggunakan nama Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat bagi mengutip derma, kononnya atas nama kempen mendaulatkan Sultan.

Jika ingin menderma, pastikan dahulu bahawa kempen itu adalah kempen yang sah.

Saya bimbang kalau-kalau rakan-rakan tertipu dengan kutipan derma palsu. Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan semua.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Unknown said...

kempen derma untuk mendaulatkan sultan?...isy cam pelik jer bunyi..

Unknown said...

kalau kite perhatikan mlm ni dah lama ada di malaysia... saya ada terbaca salah satu blog yg saya perhatikan banyak menceritakan perihal penipuan mlm ni

boleh layari di "aididleaks" yg mana didalamnya penuh info tentang skim2 penipuan ni

semoga ianya menjadi panduan untuk kita semua...

administrator said...

Ya, memang pelik. Berhati-hatilah kita semua supaya tidak tertipu dengan kutipan derma palsu.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/