Thursday, January 20, 2011

Penipuan Maxis Broadband Wireless


----- Forwarded Message ----
From: N------ I-- <??????@yahoo.com>
Sent: Tue, January 12, 2010 8:54:09 PM
Subject: Penipuan Maxis Broadband Wireless

Salam Satu Malaysia buat semua,

Satu isu penting perlu diberikan perhatian dalam proses perkembangan rakyat Malaysia untuk celik IT iaitu penggunaan Wireless Broadband.

Dunia hari ini memerlukan penggunaan internet di mana - mana. Jadi, sayapun tidak mahu ketinggalan dan menggunaan Maxis Broadband. Semasa promosi 2 bulan lepas, Maxis menawarkan promosi 3 bulan pertama yang murah iaitu kira - kira RM47 sebulan dengan PENGGUNAAN TANPA HAD (unlimited access). Turut diteranngkan pakej yang ditawarkan itu mempunyai had kelajuan normal apabila saya menggunakan kurang dari 1.5GB dan akan perlahan apabila melebihi had tapi saya masih boleh melayari internet seperti biasa. Saya membeli pakej tersebut disebabkan penggunaan tanpa had.Ianya benar pada 2 bulan pertama iaitu setiap bulan penggunaan saya adalah 6GB. Promosi tersebut menghendaki saya melanggan 12 bulan dan perlu membayar RM200 jika mahu menutup akaun sebelum 12 bulan.

Namun, 2 hari lepas saya dikejutkan dengan paparan yang ditunjukan maxis apabila memberitahu bahawa saya telah melebihi had 1.5GB dan perlu membayar RM28 setiap 1GB quate jika mahu menyambung penggunaan. Ia berkuatkuasa 4 januari 2010. sila layari URL ini ... http://www.maxis.com.my/maxisbb/quota.asp

Ini merupakan satu penipuan dan pengubahsuaian kontrak kerana menghadkan penggunaan saya seperti dipromosikan dahulu. saya terus menghubungi Helpdesk maxis namun jawapan yang agak mengecewakan iaitu ia tidak dapat berbuat apa. demi mengambil hati, helpdesk tersebut memberitahu bahawa 1GB pertama adalah percuma.

Saya sungguh tidak berpuas hati kerana penggunaan yang dijanjikan hanya untuk sedikit sahaja. Untuk mereka yang jarang menggunakan internet untuk MUAT TURUN, 1.5 adalah terlalu banyak. tetapi bagi yang sebaliknya adalah sedikit.

tahukah anda, setiap gambar, lagu, video yang dipaparkan laman web dikira sebagai muat turun juga?  bayangkan jika anda streaming youtube atau mendownload aplikasi dan lagu - lagu,  saiznya adalah lebih besar dan 1.5GB boleh dihabiskan dalam seminggu.

Sebelum ini saya pernah mendengar mengenai Celcom tetapi tidak mempercayai sehingga kini. Penipuan oleh Maxis dan mungkin syarikat broadband yang lain?

bantulah ... bersama kita bina generasi celik IT! hapuskan penipuan syarikat gergasi. hanya kerana masyarakat tidak mampu untuk mengupah peguam yang mahal untuk menyaman, tak bermakna mereka boleh terus bermaharaja lela!!

yang benar,

Pengguna tertipu : (

22 comments:

blogenstarz said...

Gunakanlah prepaid bb..... ok juga.
no sekatan !

abu.musa said...

dah lebih 1 tahun sy guna celcom brdband..
setakat ni alhamdulillah xde penipuan..
harap2 celcom xde buat mcm mxs nie..

Belalang hijau Perisik said...

guna prepaid broadband tiada had cuma lambat sedikit sahaja...

administrator said...

Saya fikir pihak SKMM dan lain-lain badan penguatkuasa perlu mengambil perhatian akan isu yang berkaitan dengan pengubahsuaian kontrak.

Saya tidak merujuk ataupun menuduh mana-mana pihak mengubah kontrak tetapi secara umumnya, selepas sesuatu kontrak dimuktamadkan, ia tidak boleh diubah, MELAINKAN dengan persetujuan SEMUA pihak yang menandatangani perjanjian asal.

Asasnya, modus operandi yang digunakan bagi menipu pengguna dan mengaut keuntungan melalui pengubahsuaian kontrak adalah (sekali lagi, ini tidak merujuk pada mana-mana pihak):

1. Tawaran yang menarik dibuat bagi mendapatkan pelanggan.

2. Tawaran diteruskan bagi mendapatkan lebih ramai pelanggan.

3. Tawaran dihentikan apabila syarikat terbabit sudah pun mendapat jumlah pelanggan yang dikehendaki, berdasarkan sasaran pendapatan dan keuntungan mereka. Maka ini bermakna bagi pelanggan baharu, mereka tidak lagi menikmati terma-terma menarik yang ditawarkan kepada pelanggan lama.

4. Kontrak diubahsuai, lantas menyebabkan kedudukan pelanggan lama menjadi setara dengan kedudukan pelanggan baharu, walhal kontrak yang ditandatangani adalah dua kontrak yang BERBEZA.

Sebenarnya, langkah 1 hingga 3 tidak salah dari segi undang-undang.

Ini kerana ia adalah strategi syarikat terbabit bagi mendapatkan pelanggan yang ramai dalam masa yang singkat.

Namun begitu, apabila masuk pada langkah keempat, maka perlanggaran undang-undang telah berlaku apabila kontrak bagi pelanggan lama ‘diselaraskan’ menurut kontrak bagi pelanggan baharu.

Kita sebagai pengguna tidak boleh membiarkan kontrak yang ditandatangani diubahsuai sewenang-wenangnya, tidak kiralah sama ada syarikat tersebut melibatkan sektor jalur lebar, perbankan, barangan pengguna, MLM dan sebagainya.

Pihak berkuasa juga perlulah mengambil tindakan segera dan tegas supaya hak pengguna dilindungi.

Dalam hal ini, Tribunal Pengguna juga memainkan peranan penting. Semalam sahaja, seorang pengguna berjaya mendapatkan ganti rugi daripada sebuah bengkel dengan melalui Tribunal Pengguna (berita penuh di: http://artikelashadizain.blogspot.com/2011/01/kereta-kerap-rosak-bengkel-diarah-bayar.html

Moga penerangan di atas memberikan manfaat kepada kawan-kawan.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Ana Aisyah said...

salam..sy skg guna CELCOM broadband tapi dah 2 kali kene tipu..geram weh..

pertama kali,masa nak bayar bil dia suh bayar bil for two month even sy xde hutang n siap tunjuk resit g..xpe,sabar je..

2 bulan pas tu, xsampai sebulan guna CELCOM BROADBAND dah bar servise sy smpai xdapat guna internet..n bila sy dtg nak byr bil n tanya sekali,dia suh bayar for 2 month,sekali lagi..melayan rm140 utk servise xsampai sebulan..

geram memang geram..sy rancang bulan ni last dah guna broad band ni..memang menipu,penipu.. xredha duit bil yg saya bayar dgn service yg xsampai limit tu..xredha dunia akhirat!

Unknown said...

memang banyak syarat-syarat yang tersembunyi yang dengan niat untuk menipu pelanggan. Sungguh tidak beretika, cara mereka mengaut untung sungguh menjijikkan, mereka menipu orang ramai dengan dihalalkan oleh undang-undang. Saya pun pernah terkena dengan CELCOM.

mutiara hati said...

baru niat nak beli broadband...Alhamdulillah dpt juga sdkit info ni...huhuu...

Unknown said...

sy guna maxis broadband jugak, stakat ni okey je tp x tahu lh kalau akan datang, tp harapnya xde lh timbul masalah mcm ni....huhuhuhu

Unknown said...

saya plak baru niat nk pkai broadband..tapi kalo cam ni kebarangkalian tuk guna mxs broadband ni adalh sedikit.

cik squid said...

saya dulu pernah tertipu dgn maxis, masa mula2 broadband glamour dulu pakai modem segiempat besar yg ada antenna tu, jenama ZTE rasanya. masa promosi bukan main lagi dikelentongnya saya dan kawan2, kata ada agreement selama setahun, selepas setahun, modem tu kita yg punya. dan selepas setahun setengah (masa ni org dah x pakai modem gaban tu, semua pakai USB modem) masa nak terminate service, dia tuntut balik modem tu. bila dah cakap pada surat agreement xde mnyatakan mcm tu, dia tunjuk agreement pembatalan yg ada pada dia yang menyatakan suruh pulang modem. dah laa sekecil2 tulisan, penipu betul.

akmal said...

sy guna celcom broadband, buat masa skarang takda masalah lagi.. cuma saya terkejut apabila dikenakan charge Rm1 utk itemised billing ONLINE. Kalau bil hantar ke rumah, akan kena charge rm5.. ingaktn free sebab online.. tak sangka kena charge singgit.. walaupon singgit tetap duit.. kalau dia dpt collect dari sejuta org singgit tu, dah sejuta dia dapat...

lg satu, dalam budget 2011 yg lepas, PM ada cakap pasal penghapusan cukai telefon bimbit bermula 1 Jan 2011.. tp bila sy tgk harga iphone dlm maxis ngn digi, sama ja mcm tahun lepas.. kerajaan dah potong cukai tp masuk pulak 'cukai' depa..

slovea said...

percaya atau tidak kita memang telah pun tertipu, kalau tidak dari pakej yang ditawarkan..
penipuan akan datang dari perkhidmatan yang diberi..

contoh.. kita bayar tiap2 bulan streamyx harga RM77.00 untuk 1mbs

tapi dapat ke tidak?? kalau kita test kelajuan, kita tidak akan dapat 1mbs..

sepatutnya pihak pembekal kena bagi kelajuan 1mbs atau lebih..
kalau kurang kelajuan kita nak tuntut dengan siapa.. atau kita boleh dapatkan refund sekiranya kelajuan tidak mendapat 1mbs..

cuba fikir2kan.. kalau ramai yang nak menuntut, kita boleh tuntut ramai2 agar mereka takut dengan pengguna, walaupun mereka dari syarikat GLC..

akmal said...

sebenarnya dalam contract dah tulis.. kelajuan maks adalah 1mb/sec. jadi kalau nak lebih dari tu adalah mustahil.. kurang mungkin

Anonymous said...

tambahan 1 gb tu optional la..bukan wajib..kalau tak beli 1gb tu cuma slow jer la..speed cap 128kbps..

KambinGurun said...

owh.. tp kan dia dah tulis kat web tu.. kalo x nk beli boleh tapi speed lembab.. maybe dia terus apply secara automatik tu yg menipu..

pasal celcom tu maybe Perindu_Ilahi ko kena tipu ngan orang yang subscribe broadband ko tu.. mana ada perlu bayar untuk 2 bulan masa mula2 tu.. just bayar untuk bulan pertama jer masa mula2 daftar tu.. maybe orang yang daftar kan ko tu dah songlap bayaran untuk 1 bulan tu..

cikdean said...

aku pun ada pengalman jugak,
wife aku, tiba2 line telefon jer kena bayar 300 lebih sebab katanyer ada guna internet broadband. terus kena bar. bila tanya celcom centre dia kata ada guna internet. tp bila kita mintak detail website ke ape sebagai bukti. dia kate tak ada.
member pun ramai yg kena mcm tu...suka hati jer nak charge org.

akmal said...

cijdean, rasanya wife cikdean ada guna internet melalui gprs @ 3g telefon tu.. kalau guna internet melalui telefon mcmtu memang akan dikenakan charge mahal. kadang2 kita receive waps msg daripada unknown, kita pn tekan "download" utk tgk menda apa yg dihantar, sebenarnya masa tu kita dah aktifkan internet. tu secara tak sedar. kalau secara sedar, kita tekan autoupdate on browse google pn dah kena mahal. adik sy main hp sy aritu, dlm tempoh 20min ++ saja, sy dah kena charge hampir rm250.. cuba check btol2..

sekadar berkongsi

faroki said...

salam, sy pun terkena dengan Celcom smartphone Samsung S ii, package RM118, bila bil pertama sampai RM247. Bila ditanya mengapa jadi begini, dikatakan kita yang cuai menggunakan mobile phone-E-72 sebelum bertukar kepada kpd smartphone.Kata CS celcom, sy biarkan sentiasa dalam connect to internet-celcom network,walhal saya cakap bil sebelum ini tiada kenaikan ketara sebegini.(charga data internet E72 rm500 - after diskaun 50% RM250.)

Sy masih menunggu utk bil seterusnya.

Voicemail notification ringing tone pun dikenakan bayaran..walhal ini ada FOC, GSM spec zaman ADAM-017 , skrg ni semua mahu di charge...... Saya unsubscribe telemanager -Voice message system dgn mengisikan form. So kalau smartphone tak dijawab maka akan terus ke annoucement .

Kepada kalian yang hendak guna Smartphone berhati-hati dengan yang bil statement pertama. pastikan bil sebelum itu clear dan dijelaskan bayaran.


Sabo jer laa..

zarul666 said...

aku pn dh trkena dgn Maxis ni.msa besday wife aku,Maxis call n promote broadband diorg (dorg ada no. wife aku sbb kitorg gna line Maxis).msa tu aku still pkai broadband Celcom.

So sempena besday wife aku,Maxis bgi tawaran broadband dgn klajuan 7.2 mbps dgn unlimited data dgn hrga rm58.unlimited data tu..sapa xnk.tp dlm hati aku ragu2 jgk sbb sapa nk bgi unlimited data tpi byr murah.

Tpi sbb murah pnya psl,aku cancel Celcom n pkai Maxis.then aku pn test power le.dan spt yg aku syak,x smpi 2 mnggu broadband aku dh smpi limit.bila call helpline dorg,alasannya ialah promoter tu silap bgi maklumat.

Yg buat aku yakin ini adalah taktik murahan Maxis utk trik customer adalah sbb wife aku daftar bbrp hri slps tawaran n bukannya on the spot.klu ada kesilapan maklumat pttnya dorg dh bgtau.

Tpi xpelh since aku x guna broadband utk dwnload apa2.wlau bgaimanapn,broadband Maxis sucks! aku guna kt ofis aku yg tgh2 bndr brhmpiran klcc pn line semput!

Unknown said...

Maxis Broadband Main Tipu!!! Bill ada "Other Charges"!!! if you late to pay your bill a few days, they will suspend/ stop your account, then charge you RM 10 to reactivate again!!!

Unknown said...

Pada pendapat aku asalkan namanya pospaid tak payahlah pakai, tak kira mana2 line pun semuanya sama menipu. Aku pernah terkena tipu oleh semua line yang pernah aku pakai untuk postpaid dengan promosi kononya jimatlah , lebih murahlah setiap kali bil bulanan sampai semuanya rm100 keatas pahahal awak ambil pakej rm68 je...aku pernah guna celcom maxis digi umobile semuanya sama sama sama 2x5 5x2 2x5... kalau betul betul nak pakai untuk call , internet mahupun broadband gunakanlah prepaid plan lagi mudah tak payah nak pening pening kepala, ada duit pakai takda duit duduk diam...mudah...

Anonymous said...

Pernah denfar YES 4G X? better u al gn YES 4G...60GB ulimited..sy gn tu skrg..mmg cepat nak utube sampai esk pagi pn xkisah...bayr rm89 setiap bulan..y best...kalau blom capai 60gb pgunaan..caj bayaran bulan boleh below rm89 tu...dan kalau over 60gb gn pn harga caj ttp sama rm89 saja...bulan ni sy byr rm51.65 saja...