Friday, January 21, 2011

DuaKaliDotCom


From: D--------- R---------<d???????03@yahoo.com>
Date: 2011/1/19
Subject: DuaKaliDotCom
To: muslimconsumers@gmail.com

Assalamualaikum/Selamat Sejahtera,
Saya dayang. Nak tanya ttg MLM di atas ada unsur penipuan atau tidak.
Maklumat lanjut sila layari website www.2kali.com.
Terima kasih.
Ikhlas,
Dyg
PPIM : Kami masih lagi sedang menyiasat tentang status perniagaan ini. Tetapi, jika anda ada maklumat, sila kongsikan bersama di sini.

Thursday, January 20, 2011

Penipuan Maxis Broadband Wireless


----- Forwarded Message ----
From: N------ I-- <??????@yahoo.com>
Sent: Tue, January 12, 2010 8:54:09 PM
Subject: Penipuan Maxis Broadband Wireless

Salam Satu Malaysia buat semua,

Satu isu penting perlu diberikan perhatian dalam proses perkembangan rakyat Malaysia untuk celik IT iaitu penggunaan Wireless Broadband.

Dunia hari ini memerlukan penggunaan internet di mana - mana. Jadi, sayapun tidak mahu ketinggalan dan menggunaan Maxis Broadband. Semasa promosi 2 bulan lepas, Maxis menawarkan promosi 3 bulan pertama yang murah iaitu kira - kira RM47 sebulan dengan PENGGUNAAN TANPA HAD (unlimited access). Turut diteranngkan pakej yang ditawarkan itu mempunyai had kelajuan normal apabila saya menggunakan kurang dari 1.5GB dan akan perlahan apabila melebihi had tapi saya masih boleh melayari internet seperti biasa. Saya membeli pakej tersebut disebabkan penggunaan tanpa had.Ianya benar pada 2 bulan pertama iaitu setiap bulan penggunaan saya adalah 6GB. Promosi tersebut menghendaki saya melanggan 12 bulan dan perlu membayar RM200 jika mahu menutup akaun sebelum 12 bulan.

Namun, 2 hari lepas saya dikejutkan dengan paparan yang ditunjukan maxis apabila memberitahu bahawa saya telah melebihi had 1.5GB dan perlu membayar RM28 setiap 1GB quate jika mahu menyambung penggunaan. Ia berkuatkuasa 4 januari 2010. sila layari URL ini ... http://www.maxis.com.my/maxisbb/quota.asp

Ini merupakan satu penipuan dan pengubahsuaian kontrak kerana menghadkan penggunaan saya seperti dipromosikan dahulu. saya terus menghubungi Helpdesk maxis namun jawapan yang agak mengecewakan iaitu ia tidak dapat berbuat apa. demi mengambil hati, helpdesk tersebut memberitahu bahawa 1GB pertama adalah percuma.

Saya sungguh tidak berpuas hati kerana penggunaan yang dijanjikan hanya untuk sedikit sahaja. Untuk mereka yang jarang menggunakan internet untuk MUAT TURUN, 1.5 adalah terlalu banyak. tetapi bagi yang sebaliknya adalah sedikit.

tahukah anda, setiap gambar, lagu, video yang dipaparkan laman web dikira sebagai muat turun juga?  bayangkan jika anda streaming youtube atau mendownload aplikasi dan lagu - lagu,  saiznya adalah lebih besar dan 1.5GB boleh dihabiskan dalam seminggu.

Sebelum ini saya pernah mendengar mengenai Celcom tetapi tidak mempercayai sehingga kini. Penipuan oleh Maxis dan mungkin syarikat broadband yang lain?

bantulah ... bersama kita bina generasi celik IT! hapuskan penipuan syarikat gergasi. hanya kerana masyarakat tidak mampu untuk mengupah peguam yang mahal untuk menyaman, tak bermakna mereka boleh terus bermaharaja lela!!

yang benar,

Pengguna tertipu : (

Tuesday, January 18, 2011

EMEL: BALASAN

---------- Forwarded message ----------
From: Ria Citra <ria.citra2010@rediffmail.com>
Date: 2010/12/20
Subject: BALASAN

Dear,

Perkenalkan nama saya Ria Citra Saya ringgal di London namun berasal dari Indonesia . Saya bertemu seorang bankir. Mr Clement berniat untuk datang berinvestasi di Indonesia.Dia menasihati saya untuk mencari seorang teman di Indonesia yang dapat membantu dia berinvestasi. Apakaha Anda bisa membantu Mr Clement?


Mr Clement sendiri adalah seorang Direktur Executive yang mengurus pengkreditan dan Nota Luar Negeri di Bank Of  Citibank (UK) PLC. Beralamatkan di
11 Earl Grey Street Edinburgh
EH3 9B. Dia ingin mentransfer uang sebanyak
5,000,000.00 pounds dan menggunakannya untuk berinvestasi di Indonesia .

Apabila anda berminat membantu, mohon anda bisa membantu juga dalam:

1. Membantu dalam hal transfer dana yang dimaksud
2. Memberikan arahan dalam hal-hal yang patut diinvestasikan
3. Membantu membeli harta perumahan di Indonesia


Apabila anda berniat untuk membantu dia dalam tranksaksi ini, anda diberikan 30% dari jumlah dana 5,000,000.00 Pounds. Mr Clement akan sangat senang apabila anda bisa membantu dengan memberikan NOMOR TELEPON anda. Ini supaya Mr Clement bisa memberikan informasi lengkap tentang cara, prosedur dan berbagai macam hal yang berhubungan agar dana ini bisa ditransfer atau tersedia untuk anda.


Saya menunggu balasan dan reaksi positif anda.
Apabila anda BERMINAT membantu saya dan Mr.Clement, silahkan memberikan

BALASAN BERUPA EMAIL: KE   citra_ria2010@hotmail.com  

Hormat Ria 
PPIM : Sang penipu memang akan sentiasa mencari jalan memperdayakan kita. Emel sebegini terdapat dalam pelbagai bahasa yang tujuannya 1, MENIPU! Kesimpulannya, JANGAN MUDAH TERPEDAYA!

ADUAN PPIM-UNSTOPPABLE MENIPU

 
---------- Forwarded message ----------
From: liza <crxxxxxxxxxxxxx5@yahoo.com>
Date: 2009/12/25
Subject: Aduan PPIM
To: aduanppim@gmail.com

saya ingin kes perniagaan yg melibatkan jual beli secara judi dan penipuan ini di ambil tindakan serta merta...foto diatas leader pada jualan piramid en khairul...perniagaan yg tiada jualan produk hanya bercakap tipu dengan org..sy kehilangan rm1550 duit saya. harap dpt mengambil tindakan di atas jualan uptrend & unstoppable ini.


PPIM : Setelah disiasat, unstoppable tersebut adalah meragukan dan menyalahgunakan nama PPIM

Monday, January 17, 2011

DITIPU RM 100,000 OLEH DATO' MAYA



PPIM : Jika anda juga pernah mengalami pengalaman yang sama atau lebih kurang sama, sila kongsikan maklumat anda di sini.

Saturday, January 15, 2011

PENGUMUMAN PPIM


Pelancaran blog forumsemak.blogspot.com
Alhamdulillah, blog ini telah dengan rasminya dilancarkan pada 14 Januari 2011 (semalam) di Sembang Sembang Cafe, The Mall (http://sembangcafeppim.blogspot.com/) dan sehingga  ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat pengguna.

Untuk makluman, blog ini diwujudkan untuk menjadi rujukan setiap jenis penipuan yang telah, sedang dan akan berlaku. Berita yang dimuatkan adalah contoh penipuan yang telah diterima oleh jabatan aduan PPIM sejak 2008 dan juga yang terkini.

Oleh yang demikian, jika anda ingin kongsikan pengalaman atau membuat aduan sama ada tentang penipuan syarikat dan individu atau apa sahaja, anda dialu-alukan untuk menghantar ke emel rasmi kami aduanppim@gmail.com atau muslimconsumers@gmail.com dan jika ianya adalah 'urgent' sila berhubung terus ke hotline kami 0193591000 atau 0199130000.

Jika anda mahukan maklumat lebih lanjut tentang syarikat/individu yang telah dikenalpasti menipu oleh blog ini, anda perlu mendaftar menjadi ahli PPIM dan berhubung terus dengan kami.

Untuk pengetahuan juga, forum semak ini adalah singkatan dari FORUM SEMAK (check)  MAKLUMAT PERNIAGAAN. Anda diminta mewar-warkan laman ini kepada seluruh masyarakat agar penipuan-penipuan ini dapat dibanteras.

Keratan akhbar Kosmo 14 Januari 2011

Keratan akhbar Metro 14 Januari 2011




Kami juga menghargai dan mengalu-alukan setiap komen dari anda samada tentang blog ini atau untuk sebarang berita yang telah dikongsi.

Friday, January 14, 2011